Assalamualaikum sahabat-sahabat yang di cintai kerana Allah.. Masya Allah sudah lama saya tidak mengUpdate Blog ini.. Agak Berhabuk juga la mula-mula buka.. Insya Allah mahu kembali aktif dalam dunia penulisan.. Moga Allah Redha
Alhamdulillah perkongsian kali ini berkaitan Dakwah. Kita hidup di atas dunia ini adalah sebagai Pendakwah. Dakwah bukanlah bergantung pada Ustaz atau ustazah sahaja. kiTa semua hamba Allah. Jadi kita Adalah pendakwah.. saya baru menghabiskan Buku mengenai Adam Corie bagaimana beliau tertarik dengan islam. Beliau kenal islam dan kembali kepada fitrah ketika berumur 39 tahun. Masya allah Hidayah milik Allah dan kita perlu berusaha untuk menggapainya..
kita sebagai umat islam dah berapa ramai kita islamkan orang?? Masyaa allah.. Tepuk dada tanya iman. kekadang terfikir, apa sumbangan kita untuk islam... ?? Apa kita nak jawab di hadapan Allah nanti??. Ya allah ampunkan dosa hambamu ini kerana tidak mampu untuk menjalankan dakwah mu..
Ok baiklah pertama sekali kita perlulah tunjukkan akhlak yang mulia kepada orang bukan islam.Gunakan bahasa yang sopan apabila berkata kata. Itu adalah dakwah.. tunjuk kepada mereka bahawa islam itu indah dan universal untuk semua orang. Ceritakan kepda mereka tentang islam.. In syaa Allah kita boleh dan mampu. Allah tak suruh kita jadi manusia jika kita tak mampu.. peaceNoWar.. hehe..
Jangan sesekali kita menghukum mereka selagi kita tidak berdakwah kepada mereka. Kerana mereka juga adalah makhluk Allah tetapi mereka belum menerima hidayah untuk kembali kepada fitrah
Kita yang dah terang lagi bersuluh adalah orang islam yang dikurniakan nikmat ialam dan iman perlulah membimbing mereka bukan memulaukan mereka.. surah Al hujurat ayat 13 ( ~~~Mohon Check Quran Tafsir ye~~~ )
Moga coretan kali ni bagi manfaat kepada Semua.. In Shaa Allah Sapa yang tolong agama Allah. Allah akan meneguhkan kedudukannya~~


