Alhamdulillah.. lama betul tidak update blog ni. berhabuk sudah. tak nak bercerita panjang just nak share first time pengalaman masuk bilik NMR. Excited sungguh kami sambil boleh berposing. sebenarnya kawan-kawan bilik ni amat berbahaya kepada badan kita . kesan dia dalam masa yang panjang. tapi kami bakal chemist one day, insyaAllah Allah ada. membantu hambanya yang memerlukan. Thats all..
Tenkiu sudi baca!<3
we Are Chemist !!
Saturday, September 28, 2013
Monday, September 9, 2013
Tanggapan salah mengenai Qada' N Qadar
Seringkali didengar mengenai
rungutan dan keluhan sebilangan umat islam bahawa beriman kepada qada’ dan
qadar merupakan antara punca kemunduran atau kelemahan umat islam hari ini.
Sejauh manakah dakwaan atau rungutan ini. Lantas penelitian mendalam perlu
dilakukan untuk memahami maksud qada’ dan qadar serta kaitan antara keimanan
kepada qada’ dan qadar dengan kemunduran dan kelemahan umat islam. Definisi
qada’ ialah pengetahuan Allah SWT mengenai segala apa yang berlaku di dalam
alam ini. Bila seseorang itu mengetahui dan yakin bahawa setiap apa yang
berlaku di alam ini adalah sebagaimana yang diketahui Allah SWT,ini membawa
pengertian bahawa dia telah beriman dengan qada’ Allah SWT. Manakala pengertian
qadar ialah Allah mengadakan sesuatu itu tepat sebagaimana yang di ketahui oleh
ilmuNya yang azali
Sekiranya kita memahami maksud
qada’ dan qadar sebagaimana yang dikehendaki oleh islam,apakah terdapat kaitan
antara mengetahui bahawa setiap sesuatu itu berlaku dengan kehendak Allah
SWT dengan sebab kemunduran dan
kelemahan umat islam?
Keimanan dengan qada’ dan qadar
tidak mempunyai kaitan dengan tingkah laku manusia. Ini kerana keimanan kepada
qada’ dan qadar merupakan sebahagian daripada keimanan dengan Allah SWT dan
sifatNya. Sementara tingkah laku manusia lahir daripada suruhan dan larangan
Allah SWT.
Allah SWT memerintah kita supaya
mengimarah dan memajukan ala mini sama ada dari sudut material atau spiritual
sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud “ Dia telah menciptakan kamu daripada tanah dan menjadikan kamu sebagai
pemakmurnya(bumi)”.(Hud:61) begitu juga Allah telah memerintahkan umat manusia
supaya meneroka seluruh pelusuk alam ini untuk mendapatkan segala bentuk hasil
kekayaan yang terkandung di dalamnya,sebagaimana firmanNya yang bermaksud “
Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala
penjurunya dan makanlah daripada sebahagian rezekiNya. Dan hanya kepadaNya lah
kamu kembali setelah di bangkitkan”.(al-mulk:15)
Allah SWT juga memerintahkan kita
supaya mematuhi segala ajarannya dalam segala tingkah laku kita dan dia
menjanjikan kita dengan kejayaan serta kekuasaan di atas dunia ini,sebagaimana
firmanNya yang bermaksud “ Dan Allah
telah berjanji kepada orang yang beriman diantara kamu dan mengerjakan amal
soleh bahawa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di bumi ini
sebagaimana Dia menjadikan orang sebelum ini berkuasa dan Dia akan meneguhkan
bagi mereka agama yang telah di redhaiNya untuk mereka”. (An-nur:55).
Lantaran dari pada itu seseorang yang beriman kepada Allah SWT dan mengetahui
perintahNya akan melaksanakan segala perintah itu dengan penuh tanggungjawab
dan bersungguh-sungguh. Dengan demikian,perasaan malas,putus asa dan menyerah
tanpa usaha tidak akan lahir dalam jiwa mereka.
Allah SWT yang mentaklifkan
hamba-hambaNya supaya beriman dengan qada’ dan qadar tidak pernah berkata
‘jadilah kamu hamba yang malas’. Namun apa yang diperintahkan adalah supaya
kita sentiasa berusaha dengan penuh keikhlasan sebagaimana yang dinyatakan oleh
Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud, “
Dan katakanlah: bekerjalah kamu,maka Allah dan rasulNya serta orang yang
beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Allah
Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata lalu diberikanNya kepada kamu apa
yang telah kamu kerjakan”. (At-Taubah : 105)
Begitu juga Allah SWT
memerintahkan kita supaya berjihad sebagaimana firmanNya yang bermaksud , “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan
jihad yang sebenar-benarnya,Dia telah memilih kamu Dan dia tidak sekali-kali
menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”. (Al-Hajj : 78)
Sekiranya kita memerhatikan
sejarah umat islam silam,kita kan mendapati contoh-contoh perjuangan mereka
yang unggul. Mereka Berjaya membina tamadun islam yang cemerlang dalam masa
tersebut. Lihatlah pada kemunculan kerajaan islam di Andalus yang Berjaya
membina sebuah tamadun yang agung,sama ada dari sudut ilmu,akhlak, mahupun seni
bina. Apakah sesebuah tamadun sehebat ini boleh wujud dan lahir dari kalangan
golongan manusia yang lemah dan malas?
Sudah tentu tidak!!
Mereka yang menganggap bahawa
umat islam hari ini mundur kerana mempercayai qada’ dan qadar sebenarnya tidak
memahami makna hakiki qada’ dan qadar. Generasi awal umat islam yang terdiri
daripada para sahabat r.a merupakan satu contoh yang unggul mengenai keyakinan
mereka terhadap Rukun Iman. Begitu juga mereka merupakan contoh ketekunan dan
kesungguhan dalam pelaksanaan apa jua bentuk perintah Allah SWT. Mereka turut
mengerjakan kerja-kerja seharian mereka berasaskan tuntutan untuk melaksanakan
segala perintah Allah SWT. Justeru,mereka Berjaya membina tamadun islam dalam
masa yang amat menakjubkan.
Sementara umat islam yang begitu
ramai dewasa ini ialah umpama buih dilautan . mereka tidak mempunyai kekuatan
kerana tidak berpegang dengan prinsip-prinsip islam yang jelas. Keyakinan
mereka terhadap Rukun Iman begitu rapuh. Dalam menempuh cabaran
kehidupan,mereka sekadar bergantung kepada orang lain dan mengikut apa yang
telah di rancang oleh pihak barat. Negara umat islam menjadi tempat lambakan
barangan dari Negara-negara bukan islam. Oleh itu kelemahan dan kemunduran umat
islam hari ini adalah disebabkan kelalaian mereka dan ia tiada kaitan dengan
keimanan mereka kepada qada’ dan qadar.
Tuesday, September 3, 2013
Baca Sampai Habis Ya..!!
BACA SAMPAI HABIS, BODOHNYA KITA SELAMA INI
Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...
Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yang nabi kita makan dan minum.
Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!
Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...
Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yang nabi kita makan dan minum.
Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!
#copyPaste#
Sunday, September 1, 2013
kekalkan Azam..macam mana ya??
Assalamualaikum WBT..
Apa khabar semua kawan-kawan ku yang disayangi sekalian..haha
Sebenarnya just nak share motivasi pagi tadi yang bertajuk ‘kekalkan
istiqamah’..haha..Ape itu istiqamah.? Sebenarnya istiqamah adalah menetapkan
pendirian atau berterusan dalam melakukan sesuatu perkara.
Antara cara untuk mengekalkan istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara
ada 3..Amalkan 3 perkara ni InsyaAllah akan istiqamah. Pertama adalah niat
(perbetulkan niat kerana Allah),kedua adalah kurangkan pilihan dalam hidup.Faham
x??Mesti xfaham kan..xpa. amik analogi jika kita di beri pilihan untuk
mati,mesti kita akan kata saya belum bersedia lagi,itulah sebabnya Allah
merahsiakan tarikh kematian seseorang.Jika seseorang tahu bila
kematiannya,mungkin 2 hari sebelum mati barulah ingin beristiqamah dalam melakukan
ibadah kepada Allah.Sebab katanya nak enjoy dulu lah..macam-macam la alasan
yang tak masuk akal. Sama juga dalam konteks belajar,jika kita ingin mencapai
cita-cita menjadi doktor,jurutera atau apa pun,maka perlulah istiqamah dalam
belajar kerana Allah. Antara perkara yang perlu dikurangkan seperti
tidur,bermain dan sebagainya.okey kita teruskan yang ketiga ialah bertawakal
dan berdoa kepada Allah. Seperti belajar tadi,setelah kita kurangkan pilihan
tersebut seperti bermain bersama rakan,kita perlulah berdoa dan mengharapkan
pertolongan dari Allah.Berdoa semoga Allah memberi apa yang kita nak..Hanya
kepada Allah tempat kita meminta pertolongan kerana tiada Tuhan yang berkuasa
melainkan Dia.
Antara amalan yang boleh kita amalkan juga untuk terus beristiqamah
adalah selalu mengucapkan “ la haula wala ku watailla Billahil ‘Ali Ul ‘azim”.
Yang bermaksud tiada daya dan kekuatan melainkan Allah .. InsyaAllah Allah akan
memberi hati yang ringan untuk melakukannya,serta amalan tersebut akan
merasakan ringan untuk buat. Amalan lain juga boleh diamalkan seperti
mengamalkan membaca surah Al-Insyirah supaya Allah melapangkan dada kita dalam
melakukan sesuatu perkara.
Lah..dah Abis..Jumpa lagi nanti!
smile Always..
Ingatan Untuk DiriKu n SahabatKu..
Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak LIMA kali…
1.
Aku
rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran
2.
Aku
rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam
3.
Aku
tanah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang boleh di jadikan
hamparan
4.
Aku
rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
5.
Aku
rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan “ laa ilahaillallah,
Muhammadar Rasulullah” ,supaya kamu dapat jawapan daripadanya
LIMA jenis RACUN & LIMA jenis PENAWARNYA…
1.
Dunia
itu racun, zuhud itu ubatnya
2.
Harta
itu racun,zakat itu ubatnya
3.
Perkataan
yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya
4.
Seluruh
umur itu racun,taat itu ubatnya
5.
Seluruh
tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya
Friday, August 30, 2013
Rugi kalau x dengar!!..
Lagu Nazrey johani ~ Yang Dicari
Ramai orang mencari ketenangan kebahagiaan dalam hidup ini
Tapi tidak bertemu ketenangan kebahagiaan
Sampai akhir hayat
Kerna mereka tidak mengenal siapa yang wajib di sembah
Kerna mereka tidak tahu siapakah yang maha pencipta
Ramai orang tersesat
Dalam mencari Tuhan yang Esa
Kerna salah tujuan
Dan tmpat nya menghambakan diri
Kerna mreka tak mahu percaya
dan beriman pada yang kuasa
Kerna merka tidak mahu percaya pada rasul penutup nabi
Kebenaran ada di mana pun
Jika ihklas hati mencarinya
Pasti akan btemu Allah yang Esa
Allah…
Assalamualaikum…Haha..Just nak share dengan anda semua lagu Nazrey
Johani yang bertajuk yang di cari.Sedap sungguh lagu ni.Boleh makan
ker?hehe.whateverlaa..Tapi lagu ni sungguh menyentuh jiwa dan perasaan saya.Kalau
ingin tahu lirik dia macam mana try la search dekat google tu Youtube,n taip la
nama dia..haha..mudah sajja!!
Ramai orang mencari ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan ini
tetapi mereka tidak menjumpainya kerana mereka tersesat dalam mencari Tuhan
yang Esa.Hal ini kerana mereka tidak menyembah Allah Tuhan sekalian
alam.Seperti yang kita tahu,pada masa kini banyak ajaran-ajaran sesat yang
menular dalam Negara kita ini.Jadi berpegang teguhlah dengan ajaran
islam.Jangan namanya islam,tetapi sikap kita seperti tidak beragama.Akhir
kata,beriman hanya kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Ikhlas dalam melakukan
suruhan Allah..InsyaAllah dipermudahkan urusan.
#peaceNoWar#
Tuesday, August 27, 2013
Jalan Pintas Menuju Ke Syurga
Assalamualaikum..apa khabar
sahabat setia blog yang tidak seberapa ini.Semoga kita semua berada dalam
RedhaNya.Pada coretan kali ini saya ingin berkongsi berkaitan tajuknya jalan
pintas ke syurga.Selepas menonton motivasi pagi tadi teringin pula ingin
berkongsi apa yang saya dapat.Ape itu jalan pintas.?Dalam erti kata lain adalah
‘shortcut’ iaitu masuk syurga tanpa dihisab oleh Allah.Kata ustaz dalam
motivasi tersebut sabda Rasulullah SAW yang bermaksud sesiapa yang menunaikan
umrah yang mabrur iaitu diterima oleh Allah SWT,maka dosanya sebelum dia
mengerjakan umrah adalah terhapus.MasyaAllah Maha Pengasihnya Allah kepada
hamba-hambanya yang beriman kepadanya!..Cuba bayangkan jika akil baligh kita
berumur 10 tahun dan kita mengerjakan umrah ketika berumur 50 tahun.Jadi jika
ditolak semua,selama 40 tahun dosa kita yang lalu diampunkan oleh
Allah.InsyaAllah dengan izinNya kita akan memperoleh syurga.Tapi perlu
diingat,masuk syurga adalah satu rahmat Allah kepada hambaNya yang bertakwa kepadaNya,bukanlah
disebabkan amalan yang kita selama hidup di dunia.
Begitu juga apabila kita
mengerjakan haji yang mabrur begitulah ganjarannya oleh Allah iaitu penghapus
dosa.Bagaimana ingin mendapat haji yang mabrur?Tepuk dada Tanya iman
masing-masing.Haji yang mabrur adalah apabila mati kubur rasa luas dan lapang dan
kita juga akan rasa cepat sahaja masuk syurga.Petanda lain juga adalah apabila
kita merasa sedih dan pilu untuk pulang ke Malaysia.Kerana kita merasakan
adakah kita boleh lakukan ibadat kepada
Allah seperti berada di Tanah suci..?Antaranya seperti bangun untuk beribadat
kepada Allah pada waktu malam,tidak tinggal solat berjemaah.
Jalan pintas untuk ke syurga yang
pertamanya adalah jagalah akidah supaya dapat
mengelakkan daripada melakukan syirik kepada Allah.Kita telah mengucap
dua kalimah Syahadah dan mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah SWT seterusnya mengaku bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh
Allah.Jadi kita sudah berikrar untuk taat setia kepada Allah dan kekasihnya
Nabi Muhammad.Mengapa kita masih lagi meragukan kekuasaan Allah SWT.?..Seperti
yang kita tahu ramai masyarakat masa kini yang kononnya menggantung ayat kursi
di hadapan pintu rumah mereka untuk mengelakkan dari syaitan memasuki
rumah.Cuba kita fikir balik,syaitan adalah makhluk halus mungkin boleh dia
masuk ikut tingkap atau lubang-lubang kecil yang lain.Memang tidak di nafikan
menggantung ayat itu adalah terpelihara daripada gangguan syaitan yang direjam
berdasarkan riwayat-riwayat dan hadis Nabi Muhammad SAW.Tetapi jika kita just
gantung dan tidak mengamalkan atau membacanya setiap kali masuk rumah sama juga
seperti tidak gantung..haha..lucu jugak…fikir-fikirkanlah..
Sama juga alkisahNya jika kita
memperoleh keputusan yang amat cemerlang dalam setiap peperiksaan dan dengan
bangganya berkata ini dalah hasil titik peluh kita sendiri tanpa pertolongan
sesiapa.uh..bangganya..! Perlu diingat bahawa rezeki semua adalah di tangan
Allah.Dia yang berhak memberi rezeki kepada hamba-hambaNya.Jika kita pernah terdetik
atau berkata seperti itu,kembali lah pada Allah.Ingat!Allah lah yang
mengurniakan kepandaian,kesembuhan kepada hambaNya.Kita sebagai manusia
hanyalah perlu berusaha dan berikhtiar ke arah itu.Jadi,selepas ini luruskan
niat dengan bergantung hanya pada Allah,Tuhan sekalian alam.
“ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..”
‘Kau tetapkanlah iman kami semasa
hidup kami,kau tetapkanlah iman kami semasa mati kami dan masukkanlah kami ke
dalam syurga bersama iman.Ya Allah kau berilah kepada kami petunjuk untuk terus
menghampirkan diri kami kepada Mu.Jangan Ya Allah kau menarik balik nikmat iman
dan islam yang telah kau berikan kepada kami semua.’
Amin Ya Rabbal Alamin..
Saturday, August 24, 2013
potong kuku mengikut Nabi
Assalamualaikum..apa kabar..nak
kongsikan jer cara potong kuku mengikut sunnah Rasulullah SAW.Nih tengak la
cara potong mengikut cara Nabi.Semoga kita mendapat syafaat Nabi di akhirat
kelak.sama-sama kita beramal ye kawan-kawan!!..
Tidur Cara Rasulullah
Assalamualaikum semua..lama betul rasanya tidak update blog
ni..Alhamdulillah pada kali ini,saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai
tidur.Tahukah anda semua jika seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah
SAW,maka tidurnya akan menjadi ibadah.Ganjaran Allah SWT untuk orang yang
mengamalkan sunnah sangat besar.Dalam tidur sendiri ada banyak sunnah.Jom kita
mempelajari amalan tidur mengikut sunnah Rasulullah!..Teruskan Membaca ye kawan-kawan!!!
SUNNAH NABI SAW SEBELUM
TIDUR
a)
Mengikhlaskan niat
Tujuannya adalah untuk memberi kekuatan
untuk beramal selepas bangkit kelak
b)
Tidur dalam keadaan bersuci
Sebaik-baiknya,ambil wudhuk sebelum tidur
dan lakukan solat sunat taubat 2 rakaat. “Apabila
engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur),maka hendaklah berwuduk terlebih
dahulu sebagaimana wudukmu untuk melakukan solat”. (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim )
c)
Memaafkanlah
Maafkan semua kesalahan manusia pada kita
dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur
d) Niat
untuk bangun Tahajud
Sekiranya tidak terjaga,Allah
SWT akan mengira seolah-olah kita bertahajud sepanjang malam
e) Baca
surah 4 Qul
Bacalah surah
An-nas,Al-falaq,Al-ikhlas,Al-kafirun.kemudian tiup ke tapak tangan dan sapu ke
seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.Membaca surah
dan ayat yang menjadi amalan nabi SAW sebelum tidur.Menurut Ummul Mukminin
Aisyah “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat
tidurnya,baginda akan menghimpunkan kedua-dua tapak tangannyalalu meniup
kedua-duanya dan dibaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas.kemudian di sapunya
seluruh badan yang dapat di sapunya dengan kedua-dua tangannya.Baginda
memulakan dari bahagian kepalanya,mukanya dan bahagian depan badannya.Baginda
melakukannya sebanyak tiga kali”. ( Riwayat at-Tirmizi )
f) Mengibas
tempat pembaringan
Atau tempat tidur dengan hujung kain dan mengucapkan “basmalah”.
(Riwayat at-Tirmizi)
g) Mengiringkan
badan ke kanan
Dan tapak tangan di bawah pipi. “berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
h) Tidur
pada awal malam
“Baginda SAW tidur pada awal malam dan menghidupkan akhir malam”.
SUNNAH
NABI SAW SELEPAS TIDUR
v Berdoa
ketika bangun tidur.Rasulullah SAW,apabila bangun tidur,baginda berdoa, “segala puji bagi Allah yang telah
menghidupkan kami setelah kami mati dan kepadaNya kami kembali”. (Riwayat
Muslim )
v Mengusap
wajah. “Maka bangunlah Rasulullah
Muhammad SAW dari tidurnya kemudian duduk sambil mengusap wajah dengan
tangannya”. (Riwayat Muslim )
v Beristinsyaq,beristinsaar
dan bersiwak ketika bangun tidur. Beristinsyaq dan beristinsaar adalah
menghirup kemudian mengeluarkan atau menyemburkan kembali air dari hidung. “Apabila salah seorang daripada kalian bangun
dari tidurnya,maka beristinsaarlah tiga kali kerana sesungguhnya syaitan
bermalam di rongga hidungnya”. (H.R. Bukhari dan Muslim)
PERKARA YANG DILARANG
OLEH RASULLAH
·
Elakkan tidur dengan cara menghalakan kaki ke
kiblat.Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
·
Elakkan tidur di tempat terbuka yang mudah di
lihat oleh orang ramai.
·
Elakkan tidur sewaktu kekenyangan
·
Elakkan tidur secara meniarap,terutamanya
lelaki. “sesungguhnya posisi tidur
tengkurap itu adalah posisi tidur yang dimurkai oleh Allah”. (H.R. Abu Dawud)
WAKTU
TIDAK DI BENARKAN TIDUR
ü Awal-awal
pagi setelah terbit matahari
ü Selapas
waktu Asar
ü Tidur
di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh badan
Baiklah…Demikianlah Rasulullah SAW menunaikan hak-hak
tidur yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada baginda.Sebagai umat islam
yang beriman,sepatutnya kita menunaikan nikmat tidur sebagaimana yang telah
diajarkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW…SELAMAT MENCUBA DAN BERAMAL!!!!
Monday, August 19, 2013
otak o0h o0tak
Perkara-perkara Yang
Boleh Menjadi Pelupa
Banyak bercakap-cakap
kosong dan sia-sia
Melihat wanita dengan nafsu syahwat
Pengambilan makanan yang tidak berkhasiat
atau makanan yang tidak boleh menyuburkan sel-sel otak
Meminum minuman atau menghidu sesuatu yang
boleh menyebabkan khayal seperti arak,dadah,gam dan sebagainya
Minum atau makan makanan yang diharamkan
atau yang diperoleh dengan cara yang haram
Suka mengumpat dan mengadu domba
Lelaki yang selalu memikirkan tentang
wanita atau wanita yang terlalu memikirkan tentang lelaki
Suka memuaskan nafsu dengan sendiri
Bercinta atau berkasih sayang bukan secara
islam
Sentiasa dalam keadaan keluh kesah dan
dukacita
Bersugi dalam keadaan buang air kecil
Selalu berpakaian tidak bersih
Tidak suka membaca al-quran
Usaha Menambah Kecerdasan
Akal
J
Setiap hari hendaklah membaca Al-Quran walaupun
beberapa ayat
J
Biasakan diri sembahyang sunat Tahajjud
J
Banyakkan membaca solawat kepada Nabi
J
Hendaklah sentiasa bersugi (mulut dalam keadaan
bersih)
J
Sentiasa menjaga
pandangan,penglihatan,percakapan dan perbuatan yang haram
J
Amalkan pemakanan yang berkhasiat serta
berzat.Kalau boleh amalkan buah kismis beberapa biji setiap pagi
J
Jangan sesekali makan makanan yang haram serta
kotor
J
Berkawan dengan orang- orang yang berilmu
pengetahuan tinggi dan orang-orang yang soleh
J
Pakaian dan tubuh badan sentiasa dalam keadaan
bersih
J
Tidur hendalah cukup (mengikut kesesuaian dengan umur) dan bangun
sebelum matahari terbit
J
Kalau tidak menjadi keberatan makanlah ubat-ubat
yang menambah kecergasan yang ada di pasaran sekarang
#SEKADAR PERKONGSIAN#
Jom bersama-sama menjadi baik!!^_^ InsyaAllah dipermudahkan
Ya Allah!!! Aku Jatuh Cinta..
Keheningan
pagi mengusik jiwaku.Embun yang membasahi tumbuhan-tumbuhan mengasyikkan aku
mengenangkan ciptaan Allah SWT yang tiada bandingannya.Aku sangat bertuah
kerana diberi masa dan kudrat lagi untuk meneruskan perjalanan hidupku yang penuh
dengan warna-warna kehidupan.Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan
diberi kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.Ibu bapa ku bekerja
sebagai pensyarah di Kolej Matrikulasi Kedah.Aku sangat beruntung kerana apa
yang aku hendak pasti mereka turuti.Namun, ibu bapaku tidak membenarkan aku
bercinta kerana bagi mereka usiaku sangat muda dan tidak layak untuk menjadi
isteri kepada suami orang.Pada aku,aku sudah berusia 20 tahun dan layak untuk
mengetahui ini semua.
Pada suatu
petang di Universiti Putra Malaysia,aku telah jatuh cinta pandangan pertama
dengan lelaki yang selalu ke surau kolej serumpun itu.Bagiku dia seorang yang
soleh dan kuat pendidikan agama.Aku mula menaruh hati dan perasaan kepada
beliau.Tapi aku hanya bertepuk sebelah tangan kerana tidak mungkin dia akan
jatuh cinta pada aku yang tidak seberapa cantik ini.Sedangkan di luar sana
masih lagi ramai perempuan yang cantik.Sepanjang malam aku teringatkan dia
sehingga ajula atau alpa kewajipanku pada Allah.
Ya Allah!!!Tolonglah aku…Aku berjanji akan
menjadi hambamu yang bertakwa…!!Panasnya Ya Allah!!..Dengan serta merta aku
terjaga daripada tidur.Alhamdulillah,rupa-rupanya aku bermimpi.Aku mengesat
peluh yang lahir dari tubuhku.Dalam mimpi tersebut aku merasa bahangnya api
yang membakar hampir ke seluruh tubuhku.
Sejak
daripada peristiwa itu,aku mula menjalankan kewajipan aku kepada Allah.Allah
tidak menciptakan jin dan manusia malainkan untuk beribadat kepadaNYa.Aku sedar
maksud ayat Al-quran tersebut.Setiap hari aku akan solat lima waktu di awal
waktu,berzikir mengingatiNya,serta melakukan amalan-amalan sunat yang lain.Aku
bersyukur sangat padaMu ya Allah kerana telah memberi peluang untuk aku meminta
ampun kepadaMu.Tiada cinta yang lebih agung,melainkan cinta kepada penciptaNya.
Mengapa
manusia pada hari ini sibuk mencari cinta yang tiada kesudahannya sehingga
lalai tanggingjawabnya yang lebih penting iaitu Allah??Jika kita yakin kita
benar-benar yakin dengan Qadak dan Qadar mengapa perlu mencari cinta yang hanya
keseronokan dunia…cintailah Allah dan Rasul sebelum menyintai manusia..Cinta
kepada Allah adalah cinta yang kekal abadi dan membawa kita ke taman-taman
syurga yang penuh dengan kenikmatan.Mengapa manusia ingin berpasangan atau
“couple”sedangkan perbuatan itu di benci oleh Allah.?tepuk dada Tanya
iman.Sedarlah wahai manusia cinta yang lebih agung adalah kepada PenciptaNya..
Jodoh
yang baik itu ada dua.Pertama Apabila terkenangkannya,Maka terkenangkan
PenciptaNya lebih lagi dan yang kedua mendekatkan diri kita kepada Allah.Jika
kita merasa seperti itu terhadap seseorang,maka berdoalah semoga dia menjadi
teman kita dunia dan diakhirat..Allah Maha Mendengar doa hamba-hambanya yang
selalu mengingatiNya.
Doa mendapat jodoh yang baik…
Surah Al-Imran ayat 38
“wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat
keturunan yang baik.Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa.”
#sekadarperkongsian#
Adab Ketika Menguap Dan Bersin
Assalamualaikum…Tahukah kita semua bahawa ketika bersin dan
menguap itu ada adab-adabnya yang tersendiri..Marilah sama-sama kita mencontohi
bagaimana Nabi Muhammad SAW bersin dan menguap..JOm mengkaji!!
BERSIN
Ø
Apabila bersin ucapla “Alhamdulillah” yang
bermaksud “puji-pujian bagi Allah”.Ini adalah cara kita lahirkan kesyukuran
pada Allah kerana kotoran dan kuman telah dikeluarkan dari badan.
Ø
Bagi yang mendengar orang bersin ucapkanlah
“Yarhamkallah” yang bermaaksud “semoga Allah
merahmati kamu”.bagi yang bersin tadi jawablah “Yahdikumullahu wa yuslihu
balakum” yang bermaksud “semoga Allah memberi kamu hidayah dan membersihkan
hati kamu”.
Ø
Jika mendengar orang itu bersin
berkali-kali,cukuplah kita mendoakannya sebanyak 3 kali
Ø
Sekiranya orang bukan islam yang bersin,kita
boleh doakan supaya mereka mendapat hidayah dari Allah SWT.
Ø
Ketika bersin,palingkan muka daripada orang
lain,kerana bersin dihadapan orang menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan
lagi-lagi ketika sedang menjamu selera.
Ø
Tutup mulut bagi mengurangkan suara dan kotoran
yang keluar.Ini berdasarkan sunnah Rasulullah SAW : “Adalah Rasulullah SAW ketika bersin ,baginda akan meletakkan tangan
atau bajunya di mulutnya untuk menguragkan bunyi suaranya”. Riwayat Abu
Dawud dan Tarmizi
Ø
Bersihkan hidung atau mulut setelah bersin.
MENGUAP
Ø
Nabi Muhammad SAW menganjurkan kita supaya
menahan diri daripada menguap.Ini berdasarkan hadis baginda yang bermaksud : “Apabila kamu menguap,hendaklah menahannya
sekadar termampu kerana sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap,syaitan
akan mentertawakannya”. Riwayat Bukhari
Ø
Jika hendak menguap juga letakkan tangan diatas
mulut untuk mengelak syaitan daripada masuk ke mulut kita.Rasulullah SAW
berpesan dengan sabdanya yang bermaksud : “Apabila
seseorang kamu menguap,hendaklah meletakkan tangan pada mulut.sesungguhnya
syaitan akan memasuki mulut yang terbuka”. Riwayat Muslim
Ø
Elakkan daripada mengeluatkan suara yang
keras.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhya Allah suka pada orang yang bersin dan membenci kepada orang
yang menguap.maka apabila seseorang kamu menguap,jangan sampi berbunyi “haa!!”
kerana yang demikian itu syaitan akan mentertawakan kamu”. Riwayat
Muslim,Ahmad dan Tarmizi
Oleh itu,sebagai orang islam kita mestilah mengambil
perhatian walaupun dalam soal bersin dan menguap.Ikutilah contoh Nabi
Muhammad SAW moga kita dapat menjaga
kesihatan dan kesopanan diri. SELAMAT BERAMAL!!!
kelebihan Bersedekah
Assalamualaikum…pada kali ini saya ingin berkongsi pula
berkaitan kelebihan bersedekah sesama muslim.Moga ianya memberi manfaat kepada
kita..Teruskan Membaca!!
Sedekah yang ikhlas dan secara rahsia itu dapat
memadamkan kemurkaan Allah
SELAMAT BERAMAL!!!!
Wednesday, August 7, 2013
syawal menjelma lagi..
Kita sudah menghampiri gerbang penghujung Ramadhan. Sebagai seorang mukmin, kerinduan dan kecintaan kita sangat mendalam terhadap Ramadhan kerana ia memberikan kita momen bersama Tuhan yang penuh kemanisan.
Semoga kita beroleh taqwa daripada Ramadhan kali ini.
Menghampiri penghujung Ramadhan bermaksud kita juga mendekati awal Syawal, yang tidak asing lagi bagi kita iaitu sambutan Eidul Fitri.
Maka, di sini, dikongsikan beberapa adab menyambut Aidilfitri. Semoga dapat menjadi panduan serba sedikit untuk kita menyambutnya dalam keadaan tetap taat kepada Allah s.w.t.
1) Mandi, memperelokkan diri dan memakai pakaian yang terbaik
Disunatkan untuk lelaki dan wanita memakai pakaian terbaik yang ada pada mereka, tidak kiralah sama ada pakaian itu adalah pakaian baru atau lama, putih atau selain putih.
Ibn Qoyyim telah berkata : Rasulullah s.a.w. telah memakai pakaian terbaiknya untuk kedua-dua hari itu (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan baginda mempunyai pakaian tersendiri yang dipakainya untuk hari raya dan hari Jumaat.
2) Makan sebelum keluar menunaikan solat raya
Anas berkata : “Nabi s.a.w. tidak keluar di hari Eidul Fitri sehinggalah baginda makan beberapa biji tamar, dan baginda telah makan tamar itu dalam jumlah yang ganjil.” [HR Bukhari, Ahmad]
Buraidah berkata : “Nabi s.a.w. tidak keluar di hari Eidul Fitri sehinggalah baginda makan, dan tidak makan di hari Eidul Adha sehinggalah baginda pulang.” [HR Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad]
3) Disunatkan wanita-wanita muslimah keluar di hari raya untuk bersama di dalam perhimpunan hari raya dan mendengarkan nasihat dari khutbah
Daripada Ummu Atiyyah, katanya : “Kami disuruh (oleh Rasul s.a.w.) untuk mengeluarkan (semua wanita) sama ada anak dara dan juga wanita haid pada kedua-dua hari raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) untuk menyaksikan kebaikan dan dakwah (nasihat) orang-orang Islam dan diasingkan wanita haid daripada tempat solat.”
Tetapi para wanita hendaklah mengambil berat tentang adab-adab semasa mereka berada di luar seperti tidak mengenakan perhiasan melampau, bersolek dan mengenakan wangian untuk memelihara dirinya daripada fitnah sekiranya mereka bersama dengan lelaki ajnabi. Sekiranya mereka hanya berada di rumah atau di kalangan wanita sahaja, maka tidak ada masalah untuk mengenakan perhiasan yang cantik atau wangian.
4) Disunatkan melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat
Daripada Jabir r.a. dia berkata : “Nabi s.a.w. pada hari raya membezakan jalan (pergi jalan yang lain, pulang jalan yang lain).” [HR Bukhari]
Daripada Abi Hurairah r.a. dia berkata : “Nabi s.a.w. sekiranya keluar untuk hari raya baginda akan pulang mengikuti jalan lain dari jalan yang (telah digunakannya) untuk pergi tadi.” [HR Muslim, Ahmad, Tirmizi]
5) Bertakbir di hari raya
Bertakbir di hari raya adalah sunnah yang agung. Berdasarkan firman Allah s.w.t.:
“Dan cukupkanlah bilangannya dan bertakbirlah (mengagungkan) Allah ke atas petunjuk yang diberikan kepadamu agar kamu bersyukur.” [Al-Baqarah : 185]
Waktu bertakbir adalah bermula dari malam raya iaitu ketika terbenam matahari akhir Ramadhan sehinggalah bermulanya solat raya.
6) Mengucapkan tahniah di hari raya serta menunjukkan wajah yang ceria dan penuh senyuman kepada saudara-saudara muslim
Daripada Jabir bin Nafir, dia berkata : “Para sahabat Nabi s.a.w. apabila bertemu pada hari raya mereka akan berkata sesama mereka ‘Taqabbal minna wa minka- Semoga Allah menerima (amal) dari kami dan dari kamu.’ Al-Hafiz berkata : Sanad ini adalah hasan.
Syeikh Salman Audah telah memberi komentar :
“Tidak diragukan lagi bahawa ucapan tahniah ini adalah dari tanda kemuliaan akhlak, dan manifestasi kepada hubungan kemasyarakatan dalam kalangan muslim, dan ia mempunyai kesan-kesan yang baik dalam menguatkan ikatan dan hubungan, menyuburkan kecintaan sesama muslim …” [Ahkam Al-E’idin]
7) Menunaikan solat sunat hari raya
a) Hukum solat hari raya
Ulama’ berbeza pendapat tentang hukum solat sunat hari raya. As-Syafiiah dan Al-Malikiah berpendapat ia adalah sunat muakkad. Sementara Al-Hanafiah berpendapat ia adalah wajib bagi sesiapa yang wajib ke atasnya solat Jumaat, hanya saja ada pengecualian pada kewajipan mendengarkan khutbah dan bilangan makmum. Al-Hanabilah pula berpendapat bahawa ia adalah fardhu kifayah bagi sesiapa yang mempunyai keterikatan dengan solat Jumaat.
b) Kaifiah Solat Sunat Hari Raya
- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah
- Ditunaikan selepas waktu larangan (selepas terbit matahari), di dalam mazhab Syafie disebutkan setelah matahari naik sepenggalah [Ruj : Fiqh Ala Mazahib Arba’ah]
- Bilangan rakaat hanya sebanyak 2 rakaat
- Niat dan rakaat pertama bermula dengan 7 kali takbir tidak termasuk takbiratul ihram.
- Setiap kali takbir diselangi dengan tasbih, tahmid dan takbir. Diriwayatkan bahawa tidaklah ada zikir tertentu daripada Nabi s.a.w. ketika selang di antara takbir ini, tetapi disebutkan oleh Ibn Mas’ud, “Di setiap antara dua takbir, bertahmidlah kepada Allah, dan pujilah Allah s.w.t.” [Majmu’ Fatawa]
- Selepas 7 kali takbir, Imam memulakan membaca surah Al-Fatihah. Disunatkan Imam untuk membaca surah (Qaf) atau surah (Al-A’la).
- Kemudian rukuk dan sujud seperti biasa.
- Memulakan rakaat kedua dengan takbir. Kemudian diikuti dengan 5 takbir selepas itu. Diselangi setiap takbir dengan tasbih, tahmid dan takbir.
- Selepas 5 kali takbir, Imam memulakan membaca surah Al-Fatihah. Disunatkan membaca surah (Al-Qamar) atau surah (Al-Ghashiyah)
- Surah-surah yang disunatkan membaca ini tsabit dalam hadis riwayat Muslim.
- Imam mengakhiri solat sunat seperti biasa (rukuk, sujud, tahiyyat, beri salam).
c) Khutbah disampaikan selepas solat sunat hari raya Eidul Fitri
Khutbah selepas solat sunat hari raya adalah sunat dan mendengarnya pun adalah sunat.
Daripada Abdullah bin Saib dia berkata : “Aku menyertai Rasulullah s.a.w. dalam solat Eid, ketika selesai menunaikan solat, baginda bersabda : “Kami akan berkhutbah, barangsiapa yang mahu duduk (mendengar) khutbah, maka duduklah dan barangsiapa yang mahu pergi, maka pergilah.” [HR An-Nasai’, Abu Dawud dan Ibn Majah]
Sebaik-baiknya adalah kita duduk seketika mendengarkan nasihat-nasihat dari khutbah serta mengambil peluang bersalam-salaman selepas tamat khutbah dan saling mengucapkan tahniah.
8) Berhibur, makan-makan dan bernyanyi-nyanyian di hari raya
Tidak ada masalah untuk berhibur, makan-makan atau bernyanyian selama mana hiburan, makan-makan dan nyanyian itu adalah yang baik dan tidak melanggar batas-batas syariat.
Hari ini, ramai yang bila berhibur di hari raya terus melupakan batas-batas syariat Islam.
Pergaulannya tidak terjaga, auratnya didedahkan sesuka hati, berpakaian terlalu ketat atau terlalu nipis, bernyanyi dengan nyanyian yang melalaikan, berhibur sehingga mengabaikan solat dan seruan Allah yang fardhu, membazir dalam berbelanja dan menyediakan jamuan makan.
Wajar diperhatikan dan dihindarkan hal ini agar hari raya tidaklah menjadi sebab kita mendapatkan kemurkaan Allah setelah sebulan Ramadhan kita berusaha mengejar rahmat, keampunan dan kasih sayang-Nya.
Penutup : Ramadhan Pergi, Syawal Mengiringi, Mari Terus Menjadi Hamba Rabbani
Beberapa catatan adab dan hukum fiqh berkaitan Eidul Fitri ini diharapkan dapat menjadi panduan serba sedikit dalam kita menghidupkan suasana ibadah di hari raya ini.
Eidul fitri adalah anugerah dari Allah s.w.t. untuk hamba-hambaNya.
Orang yang benar-benar memanfaatkan Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan mengharapkan redha Allah, maka Eidul Fitri adalah hari yang sangat besar erti bagi dirinya dalam konteks hubungannya dengan Allah.
Tetapi bagi orang yang menjalani Ramadhan dengan ala kadar, tidak menghayati roh ubudiah kepada Allah di dalam Ramadhan, maka Eidul Fitri ini tidaklah ada makna besar apa bagi dirinya melainkan faedah materialisme dan duniawi semata-mata.
Semoga Ramadhan yang pergi, Syawal yang mengganti tidak menyebabkan kita kembali bermaksiat dan berdosa kepada Ilahi. Syawal dan bulan-bulan yang seterusnya, marilah kita terus menjadi hamba Rabbani, yang terus tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. dalam segenap kehidupannya.
Rujukan :
1) Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq
2) Fiqh Ala Mazahib Arba’ah, Syeikh Abd Rahman Al-Jaziri
3) Sohih Fiqh Sunnah, Abu Malik Kamal Sayyid Salim
#copypastedariblog#
Sudah Siap Daftar Kursus!
Alhamdulillah..pendaftaran kursus untuk semester hadapan
iaitu semester 4 telah pun Berjaya didaftarkan.Semester hadapan hanya mengambil
17 jam kredit..hehe..tak mampu la nak ambil lebih kredit.semoga dapat
memanfaatkan ilmu yang di pelajari dijalan Allah semata-mata.Aminn…Ya Allah
permudahkanlah jalan hambamu ini untuk menuntut ilmu.Antara subjek yang diambil
adalah spektroskopi kimia,fizik 1,kimia organik 2,general writing skill dan
subjek pertanian dan manusia.Begitu berat subjek untuk di pelajari.Ya Allah kau
lapangkanlah dadaku,kuatkan ingatanku dan permudahkanlah aku untuk menghafal
apa yang akan aku belajar nanti.Semoga engkau Ya Allah meredhai kehidupanku
bukan di dunia sahaja malah diakhirat yang kekal abadi.
#keepthebondingofukhuwah#
Anak Kecil Yang Takut Api Neraka
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki berjalan-jalan
di tepi sungai,sedang dia berjalan dia terpandang seorang anak kecil yang
mengambil wudhuk sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis,dia
pun berkata “Aahai anak kecil mengapa kamu menangis?”
Maka berkata anak kecil itu “Wahai pakcik saya telah membaca
ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang bermaksud “Wahai orang-orang
yang beriman,jagalah olehmu sekalian akan dirimu.”Saya menangis sebab saya
takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.
Berkatalah orang tua itu, “Wahai anak janganlah kamu
takut,sesungguhnya kamu terpelihara dan tidak akan di masukkan kedalam api
neraka”.
Berkata pula anak kecil itu, “Wahai pakcik,pakcik adalah orang
yang berakal.Tidakkah pakcik lihat,kalau orang yang menyalakan api,maka yang
pertama sekali diletakkannya adalah ranting-ranting kayu yang kecil
dahulu.Selepas itu,barulah diletakkan ranting-ranting yang besar.Jadi saya yang
kecil inilah yang akan di bakar dahulu sebelum orang dewasa di bakar”.Kata
budak kecil itu dengan dukacita.
Berkata orang tua itu sambil menangis, “sesungguhnya anak
kecil ini lebih takut api neraka daripada orang dewasa.Maka bagaimanakah
keadaan kami yang tua-tua ini jika masih tidak insaf tentang dosa dan balasan
yang akan di terima daripada Allah S.W.T”.
MASYAALLAH!!Jom berubah ke arah yang lebih baik..Semoga kita
semua di tempatkan di syurga dan dijauhi dari azab api neraka..Aminn.
Subscribe to:
Comments (Atom)





.png)

.jpg)
