Wednesday, August 7, 2013

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki berjalan-jalan di tepi sungai,sedang dia berjalan dia terpandang seorang anak kecil yang mengambil wudhuk sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis,dia pun berkata “Aahai anak kecil mengapa kamu menangis?”
Maka berkata anak kecil itu “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman,jagalah olehmu sekalian akan dirimu.”Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.
Berkatalah orang tua itu, “Wahai anak janganlah kamu takut,sesungguhnya kamu terpelihara dan tidak akan di masukkan kedalam api neraka”.
Berkata pula anak kecil itu, “Wahai pakcik,pakcik adalah orang yang berakal.Tidakkah pakcik lihat,kalau orang yang menyalakan api,maka yang pertama sekali diletakkannya adalah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu.Selepas itu,barulah diletakkan ranting-ranting yang besar.Jadi saya yang kecil inilah yang akan di bakar dahulu sebelum orang dewasa di bakar”.Kata budak kecil itu dengan dukacita.
Berkata orang tua itu sambil menangis, “sesungguhnya anak kecil ini lebih takut api neraka daripada orang dewasa.Maka bagaimanakah keadaan kami yang tua-tua ini jika masih tidak insaf tentang dosa dan balasan yang akan di terima daripada Allah S.W.T”.



MASYAALLAH!!Jom berubah ke arah yang lebih baik..Semoga kita semua di tempatkan di syurga dan dijauhi dari azab api neraka..Aminn.

No comments:

Post a Comment