“Erina,engkau dari dulu sampai sekarang asyik menyusahkan
aku sahaja”.kata –kata mak samah masih terngiang-ngiang di telinganya.Setiap
kali dia ingin meminta wang untuk membeli keperluan sekolah,ucapan itulah yang
seringkali keluar dari mulut ibunya.Dia diherdik,dan dimaki dahulu sebelum
ibunya memberi wang tersebut.Malang sungguh nasib seorang insan seperti Erina.
Erina merupakan anak sulung dalam
keluarga mak Samah dan ayah Siron.Disebabkan Erina anak yang hodoh,cacat dan
lembab dalam melakukan semua perkara menyebabkan dia dibenci oleh ibunya. Umur
Erina memcecah 20 tahun April ini.Ayah Siron telah meninggal dunia ketika
usianya mencecah tujuh tahun.Selama ayahnya hidup,ayahnyalah yang banyak
membelanya jika ibunya menghinanya.Setelah kematian ayahnya,mak Samah semakin
bebas melakukan apa sahaja terhadap Erina,seperti memukulnya sehingga sakit
seluruh badan.Erina juga dianggap seperti orang gaji dalam rumahnya.Setiap hari
Erina yang akan memasak,membasuh baju,menyidai baju,mengemas rumah dan
sebagainya.Mak Samah bekerja sebagai peguam di salah sebuah Mahkamah syariah di
Kuala Lumpur.Erina terpaksa berhenti sekolah apabila usianya mencapai 15
tahun.Dia hanya sempat mengambil peperiksaan PMR di sekolah berdekatan rumah
mereka.Hal ini kerana dia tidak memperoleh keputusan yang cemerlang.Bagi Mak
Samah,Erina merupakan anak yang tiada bakat dan kebolehan untuk belajar.Mak
Samah juga tidak mahu menanggung perbelanjaan Erina.Namun begitu,pada masa
lapang Erina belajar untuk menjadi seorang penulis.Dia telah menulis banyak
carpen dan novel.baginya,walaupun gagal dalam pelajaran,tidak bermakna dia
gagal segalanya.Dia belajar untuk menjadi insan yang berguna kepada
agama,bangsa dan Negara tercinta.
“Eh Erina,kenapa
engkau tidak masak hari ini.Aku lapar ini”?.Marah Kamilah dengan nada yang amat
kasar dan tidak puas hati.
“maafkan kak Erina,hari ini kak Erina tidak sihat.Akak tidak
larat hendak ke dapur”.Jawab Erina dengan nada yang sayu dan tidak
bermaya.Erina masih lagi berbaring di atas katil biliknya.Matanya sugul dan seluruh
badannya lemah.
“engkau ini alasan sahaja banyak ya!”.Jerkah Kamilah lalu
menarik dengan kasar tangan Erina yang masih lemah itu.Elina terjelupuk di atas
lantai biliknya.
“Betul..kak Erina tidak sihat hari ini.Dalam peti sejuk ada
telur.Kamilah boleh masak Maggie.”Jawab Erina dengan nada yang amat lemah yang
tangannya masih lagi memiat dahinya.Dia berasa sangat pening sehingga ingin
pitam.
“engkau ini menyusahkan orang sahaja!”.Jerkahnya lalu
meninggalkan Elina yang masih lagi di atas lantai.Kamilah menghempas pintu
bilik kakaknya dengan begitu kuat tanda protes.Dia pergi dengan hati yang penuh
dengan benci dan geram kepada kakak kandungnya sendiri.Air mata Elina tidak
dapat di bending lagi,dia kemudiannya menangis teresak-esak sendirian.
Kamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga mereka.Erina
mempunyai dua orang adik beradik sahaja.Apa kemahuan Kamilah,pasti Mak Samah
akan turuti dan penuhi.Berbeza dengan Erina,kamilah di beri kasih sayang bagai
menatang minyak yang penuh.Mak Samah tidak pernah sesekali memukul atau
memarahi anak kesayangannya itu.Baginya,Kamilah adalah anak yang sempurna dan
perlu di beri perhatian yang secukupnya.
Pada hujung
minggu ini,mak Samah dan kamilah bersiap-siap untuk pergi membeli pakaian dan
barangan dapur.Kamilah dibiarkan tinggal di rumah seorang diri untuk melakukan
kerja-kerja rumah.Begitulah sikap mak Samah pada hari-hari yang lain juga.Erina
akan di tinggalkan di rumah tanpa belas kasihan dan rasa simpati seorang ibu
terhadap anaknya.Walaupun memiliki ibu tetapi,hidup Erina seperti sebatang
kara.
“Mak,cantiknya baju ini!kamilah hendak baju ini boleh tidak”?.Tunjuk
kamilah kepada mak Samah baju yang dipegangnya itu
“Baiklah.Pegang dahulu baju itu.Nanti emak bayar.Tapi
ingat,jangan memberitahu Erina mengenai baju ini”.Pesan mak Samah kepada
kamilah.Baju kebaya yang bertatahkan manik itu sungguh cantik apabila digayakan
oleh Kamilah.Ini di sebabkan kulitnya yang putih gebu itu sesuai dengan semua
jenis warna kain.
Sejak kecil lagi,Mak Samah telah meracuni fikiran anak
bongsunya itu supaya membenci Erina.Kata mak Samah Erina adalah anak pungut
oleh ayahnya.Jadi,Erina tidak berhak mendapat kasih sayang dari keluarga
mereka.
Sesampainya
di rumah tanpa memberi salam mak Samah terus menjerit memenggil nama Erina.Erina
yang baru turun dari tangga bergegas ke pintu rumah mereka mendapatkan mak
Samah dan Kamilah.
“Nah,bawa naik barang-barang ini!Jangan engkau cuba-cuba
ingin mencuri pula ya!”.Pesan mak Samah sambil membulat biji matanya.Mak Samah
terus memberi beg yang berisi pakaian kepada Erina dengan kasar sekali.
“Baiklah mak…”.Jawabnya jujur.
“Ah!aku bukan mak engkau.Panggil aku puan!”.Tengking mak
Samah dengan nada yang amat tinggi.Sudah banyak kali dia memberitahu Erina
supaya tidak memanggilnya emak,tetapi Erina masih degil dengan panggilan itu.
“Baiklah ma…pu…puan…”Jawab Elina dengan sedikit gagap kerana
janggal dengan panggilan seperti itu kepada darah dagingnya sendiri.
Semoga roh
ayah tenang di sana.Bisik hati kecil Erina.Tiba-tiba Erina teringatkan ayahnya
yang banyak mengajarkannya erti kehidupan.Tanpa ayahnya,mungkin dia sudah
terjerumus ke lembah kehinaan.Jika mengharapkan ibunya,memang tidaklah.Kata
arwah ayahnya kita perlu tabah dan sabar menghadapi pelbagai rintangan kerana
apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaiknya.Kata-kata itulah yang Erina
pegang sehingga kini yang menguatkannya untuk berada di samping mak Samah dan
Kamilah.
“Mak,gelang emas yang emak belikan tempoh hari hilang!”.Jerit
Elina kepada ibunya yang tercungap-cungap mendapatkannya.
“Hilang…!”.Terkejut ibunya mendengar berita itu.
“Kamilah syak Erina yang mengambilnya kerana dia sahaja yang
berada dalam rumah ini”.Tuduh Erina tanpa usul periksa.
“Erina ini memang hendak kena dengan aku.!tidak mengapa biar
emak kerjakan dia”.
Tanpa usul
periksa dan bukti yang kukuh,mak Samah terus menuju ke bilik Erina dengan
membawa sebatang penyapu.
“puan sakitlah…Erina tidak bersalah…”.Rayu Erina dengan
tangisan kesakitan.
“engkau jangan buat tidak tahu ya!”.Marah mak Samah sambil
memukul Erina.
Mak Samah terus memukul,malah makin kuat dia memukul tubuh
kurus Erina tanpa menghiraukan Erina.Erina di pukul dengan teruk sekali
sehingga seluruh tubuhnya bercalar-balar dan lebam.
“sudah lah mak.Nanti mati pula dia!”.Mak Samah segera
memberhentikan pukulannya yang bertubi-tubi itu.Ini menyebkan badan Erina tidak
boleh bergerak dengan pantas kerana badannya yang sakit itu
Keesokan
harinya,Kamilah memberitahu ibunya yang gelang emas itu sudah di jumpai di
biliknya sendiri.Sebenarnya Kamilah terlupa di mana dia meletakkannya.Mak Samah
tidak langsung rasa bersalah untuk meminta maaf kepada Erina atas perbuatannya
itu.Malah dia semakin membenci anak kandungnya yang tidak berdosa itu.
Setelah
berfikir panjang,Erina mengambil keputusan untuk keluar dari banglo dua tingkat
itu.Berada di sana ibarat neraka dunia.Tiada secebis kebahagiaan pun yang di
terimanya malah kesengsaraan dirinya sendiri.Erina mengemas semua pakaiannya di
dalam beg.Pada petang itu juga,dia harus meninggalkan banglo itu sebelum Mak
Samah dan Kamilah pulang.Dia bergegas keluar dari banglo
tersebut.Sebenarnya,Erina tidak tahu ingin ke mana.Dia hanya mengikut jejak
langkah kakinya sahaja.Kini dia sudah sampai di perhentian bas.Tiba-tiba ada seorang
perempuan yang berumur lingkungan 30 an menyapanya.
“Adik hendak ke mana malam-malam buta begini?.Bas sudah
tiada waktu-waktu begini.”Sapa wanita itu lembut yang mengelar dirinya ‘akak’
sahaja.
“Sebenarnya akak saya tidak tahu lagi hendak ke mana.Sudah
seharian saya berpusing seluruh kota ini.”Ujarnya dengan nada yang sungguh
sayu.
“Kalau macam itu,ikutlah akak balik ke rumah dahulu.Buat
sementara waktu ini tinggallah di rumah akak dahulu.Lagipun akak duduk seorang
sahaja di rumah.”Pujuk kak Hani
“okey.Terima kasih banyak-banyak akak.Hanya Allah sahaja
yang membalas budi baik akak.”
Erina terus mengikuti kak Hani ke parking keretanya.Semasa
di dalam kereta,mereka berbual bermacam-macam perkara.Lagipun Erina seorang
yang peramah dan cepat mesra dengan semua orang.
Setahun kemudian…
“Ak..ak ..Erina pulanglah ke rumah,emak sakit tenat.Dia
asyik menyebut nama kak Erina sahaja”.Rayu Kamilah dengan menangis
teresak-esak.
“Aku bukan kakak engkau! Pergi engkau dari sini!Sebelum ini
tidak pernah pun engkau anak beranak ingin mengambil berat tentang aku.Aku
menderita selama ini tiada siapa yang kasihan”.Marah Erina dengan nada suara di
tinggikan sambil menuding jari tepat ke muka Kamilah.
“Kak Erina tolonglah..Mak ingin meminta maaf kerana selama
ini dia berlaku kejam pada akak.”Pujuknya lagi.
“Minta maaf?!engkau ingat dengan meminta maaf engkau boleh
berikan kebahagian aku selama ini?”.Marah Erina lagi sambil menahan air mata
yang tidak dapat di bendung lagi.Akhirnya dia tewas.Erina menangis
tersedu-sedan.
Kak Hani yang berlalu dari dapur membawa makanan dan minuman
untuk di jamu kepada Kamilah.Kak Hani menjemput Kamilah menjamu selera dengan
hidangan yang telah di sediakan,cucur bawang bersama dengan kopi ‘o’ sambil
menyuruh Erina masuk ke biliknya.Dia tidak sanggup melihat Erina bertengkar
dengan Kamilah lagi.Setelah Erina mesuk ke dalam biliknya,Kak Hani menyuruh
Kamilah supaya tidak memaksa Erina memaafkan mereka,kerana dia perlukan masa
untuk melakukan semua itu.
“Erina,hati akak kuat mengatakan yang mereka sudah
berubah.Maafkan lah mereka”.Pujuk Kak Hani dengan lemah lembut kepada Erina.
“Erina tidak boleh akak..Erina tidak kuat…Selama ini akak
sahaja tempat Erina bergantung dan sayangi..”Erina mula menitiskan air mata.
“Sedangkan nabi ampunkan umatnya,Erina,padahal kita insan
yang kerdil di sisi Allah”.Kak hani terus memujuk.
“Kak Hani,Erina bukan nabi dan tidak sehebat nabi..”
“Tidak baik Erina bercakap begitu...”
“Baiklah..Erina akan fikir-fikirkan dahulu...”
Seminggu kemudian,Erina dan kak Hani ke banglo yang di diami
oleh Mak samah dan Kamilah yang selama ini telah memberi kesengsaraan
kepadanya.Mereka melangkah ke pintu pagar,kemudiannya terus menekan
loceng.Orang gaji meluru membuka pintu dan menjemput mereka masuk.Mereka
menyatakan hasrat ingin berjumpa Mak samah dan kamilah.Kata Orang gajinya
kamilah ada di atas.Mereka bergegas ke atas untuk melihat keadaan Mak
samah.Erina mengetuk pintu bilik kamilah,tetapi tiada sahutan.Dia terus memulas
tombol bilik Kamilah.Alangkah terkejutnya Erina apabila melihat tubuh kurus
kamilah yang pucat lesi tanpa sedarkan diri itu.Mereka terkejut melihat ubat
bertaburan diatas lantai.Erina segera menelefon ambulans.
Setelah lima
belas minit,ambulans datang untuk membawa Kamilah ke hospital.Kata doktor
kamilah terjadi begitu kerana terlebih mengambil ubat tidur.
Setelah dua
hari berada di hospital,akhirnya kamilah sedarkan diri.Dia menceritakan apa
sbenarnya yang terjadi kepada Mak samah dan dirinya.Berdasarkan apa yang telah
di ceritakan oleh Kamilah,Mak samah telah meninggal dunia dalam satu kemalangan
nahas antara kereta Mak samah dan sebuah lori balak dua bulan yang lepas.Mak
samah pada waktu itu tidak dapat mengawal keretanya lalu terus melanggar lori
tersebut sewaktu pulang dari kerjanya.Kemudian Kamilah mendapat panggilan
telefon daripada pihak hospital yang Mak samah mengalami keadaan yang amat
kritikal.Mereka tidak dapat menyelamatkan Mak samah kerana kepalanya terkena
hentakan yang teramat kuat.Sebahagian saraf di kepalanya sudah tidak berfungsi
lagi.
Cerita
Kamilah lagi,setelah Mak samah meninggal dia sudah tiada sesiapa lagi.Dia sudah
tiada sesiapa yang menyayanginya seperti dulu.Jadi,dia mengambil keputusan
untuk membunuh diri.Tetapi malangnya,dia tidak mati.Allah masih sayangkannya
dengan memberikan peluang kedua untuk bertaubat atas apa yang berlaku sebelum
ini.Erina sebak mendengar cerita Kamilah itu.Setelah habis bercerita,Kamilah
menghulurkan sekeping surat bersampul surat berwarna putih kepada Erina.Erina
menyambut lalu membukanya.
Assalamualaikum,anakku
Erina yang di sayangi…
Sebenarnya
tujuan emak menulis surat ini adalah untuk memohon ampun dan maaf dari hujung
rambut sampai hujung kaki kepada Erina.Selama ini emak telah banyak berdosa
kepada Erina kerana emak tidak memberi kasih sayang seorang ibu kepada
anaknya.Emak telah bertindak kejam terhadap Erina.Hal ini kerana emak sangat
membenci anak yang cacat,hodoh dan lembab.Emak di pulau olah kawan-kawan kerana
memiliki anak seperti Erina.Jadi emak mengambil keputusan untuk terus berlaku
kejam terhadap Erina.Tapi sekarang emak sudah berubah nak..Emak sedar anak yang
kurang upaya juga mempunyai bakat yang terpendam.Tahniah Erina kerana sudah
menjadi penulis terkenal tanah air.Setiap keluaran buku Erina pasti emak akan
beli kerana emak rindukan Erina.Keratan-keratan akhbar mengenai kejayaan Erina
pasti emak akan simpan.Emak berusaha untuk mencari Erina di merata tempat
tetapi tidak juga temui.Mak harap Erina boleh memaafkan emak terhadap apa yang
telah emak buat selama ini.Emak tahu bukan senang untuk memaafkan,tapi emak
berharap sangat Erina boleh memaafkan emak.Jika Erina membaca surat ini emak
telah pergi bertemu penciptaNya,emak wasiatkan jagalah kamilah.Erina pulanglah
ke rumah.Sebagai tebusan terhadap dosa-dosa emak yang lalu,emak menukar semua
harta milik emak kepada nama Erina.Sebenarnya memang tidak di nafikan,emak
sayangkan Erina!.
Mak mu..
Air mata Erina memang tidak dapat di sekat lagi.Dia menangis
teresak-esak lalu memeluk tubuh Kamilah.Barulah dia tahu,selama ini kenapa
emaknya membenci sangat kepadanya.Dia berjanji akan menjaga kamilah dengan baik
kerana itu wasiat emaknya.
Emak,Erina sudah lama memaafkan mak..semoga emak tenang di
sana.Bisik hati kecilnya.
P/s kepada kaum hawa janganlah membenci anak yang tidak
berdosa,kerana walaupun dia hodoh,cacat dan lembab tetapi dia mempunyai
kelebihan lain.Hal ini kerana setiap manusia di ciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik
kejadian untuk memakmurkan bumi milik Allah ini.semoga cerita ini menjadi
iktibar kepada kita semua untuk saling berkasih sayang antara satu sama lain.Allah
menjadikan sesuatu itu pasti ada hikmah di sebaliknya.
#rekaansemata-mata#