Tuesday, July 30, 2013

13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921) ^^

Thursday, July 18, 2013

Akhirat Jua Yang Abadi

       Hidup di dunia ini adalah tumpangan sementara waktu sahaja.Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka.
       Di dunia kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat.Dunia bukan tempat bersenang-lenang.Kesenangan didunia sementara dan bersifat palsu,begitu juga dengan kesusahan didunia,semuanya palsu dan sementara sahaja.
      Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia akan menjadi bala,sementara kesusahannya pula menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula.Dunia adalah tempat kita di tipu dan menipukan
       Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah mutlak 100% dan kesusahannya juga 100%.Menyedari hakikat ini,perlulah kita menyediakan bekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh.Kekurangan bekalan akan menyulitkan perjalanan kita.
        Dalam menjalani kehidupan seharian,kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya.Lantaran itu Allah seringkali member notis(peringatan) supaya kita tidak lupa akan matlamat penghijrahan kita ke alam Baqa’.Notis demi notis dikenakan ke atas diri kita,tetapi kita tidak faham-faham dan gembira malah semakin besar tawanya.kalau TNB member notis pemotongan elektrik,kita akan menjadi kelam kabut,tetapi bila Allah menghantar notis ,kita buat acuh tak acuh saja.
        Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitahunya sebelum mencabut nyawanya.Tetapi Tatkala akan di ambil nyawanya,Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat tidak memberitahunya lebih awal.Malaikat segera menjawab,Allah telah menghantar peringatan demi peringatan.
         Di antara peringatan(notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih,gigi menjadi rongak,mata bertambah kabur,pendengaran bertambah kurang,badan sega menjadi layu,kuat menjadi lemah,muda menjadi tua,kuit menjadi kendur dan sebagainya.
          Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian.Pertama,bila teringat akan mati,terasa lapang hatinya.hatinya menjadi suka.Kelompok manusia dalam kategori ini adalah mereka yang benar-benar berilmu dan telah penuh keimananya terhadap Allah dan hari Akhirat.Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah.Ini adalah maqam tertinggi yang di miliki oleh para wali.
         Kedua,apabila teringat mati,hatinya menjadi takut,kecut dan gementar.Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa dengan Allah.Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan seseorang.Apabila tuannya ingin mengambilnya,dia cuba melarikan diri tetapi di tangkap secara paksaan.Kematian mereka amat menghinakan.
          Ketiga,golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian.Tetapi apabila telah mengalami mati,dia berasa sukacita.Malahan jika diberi pilihan,mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula.Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan.Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya.Semasa akan keluar,bayi akan menangis kerana menyangka hidup di dalam perut ibunya lebih baik dan nyaman daripada alam dunia.Tetapi apabila telah lahir di dunia ini ,dia tidak akan mahu kembali ke dalam perut ibunya meskipun di beri pilihan.Manusia yang termasuk dalam golongan ini adalah orang-orang beriman yang belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa.
            Marilah kita berlumba-lumba mencari bekalan untuk akhirat.Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah.Kematian hanya penghijrahan atau perpindahan alam,berpuindah dari negeri binasa ke negeri yang kekal abadi.Allah telah menghantar banyak notis kepada kita dan jadikanlah ia sebagai cemeti untuk menyedarkan diri tentang kematian yang sudah tentu akan menemui kita.


KITA SEBENARNYA KAN...

Lebih suka menyebut hello atau hai daripada Assalamualaikum
Lebih gembira menyebut 1hb January daripada 1 Muharram
Lebih suka mecarut daripada menyebut nama Allah
Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
Lebih tahu apa itu 14 February daripada 12 Rabiulawwal
Lebih suka perbuatan kemungkaran daripada perbuatan kebajikan
Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
Lebih suka membesarkan hari sabtu dan ahad daripada hari jumaat
Lebih suka tengok tv,lepak daripada sembahyang
Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat
Lebih suka memaki mengumpat daripada memuji mereka
Lebih suka menyanyi daripada berwirid dan bertahmid
Lebih suka ke konsert daripada ceramah agama
Lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama
Lebih khusyu’ mendengar lagu daripada azan

Tetapi bila orang Tanya arah tuju kita,pasti kita akan jawab….
Lebih suka menuju ke syurga daripada neraka….
Tetapi layakkah kita ke syurga milik Allah??

yang sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.Barangsiapa yang mengerjakan perbuatan jahat,maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.Dan barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang dia dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk syurga,mereka diberi rezeki didalamnya tanpa al-hisab

                                                                                                                                    (Surah Al-Mu’min)

Tuesday, July 16, 2013

16 Golongan yang Tidak Boleh Menatap Wajah Allah S.W.T

Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25 وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat. Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah : Pertama : Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman : إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)[ آل عمران : 77 Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya ( 03:77) Kedua : Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka. عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره ) صحيح رواه أبو داود وصححه الألباني Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda : “ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.” Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani. Ketiga: .Orang Tua yang Berzina عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.” Hadith ditakhrijkan oleh Muslim. Ke Empat : Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta) Ke Lima : Orang miskin yang takabbur Ke Enam : Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air. في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya. Ke Tujuh: Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan وعن أبي هريرة – رضي الله تعالى عنه – قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ( ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليم: رجل على فضل ماء بالفلاة، يمنعه من ابن السبيل، ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه. Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda ”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi) Ke Lapan: Penderhaka Ibu Bapa Rasulullah bersabda: عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii Ke Sembilan : Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy) عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي .. Ke Sepuluh Orang Lelaki yang Dayyuth @ Dayus Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela. Ke Sebelas Pengamal Budaya Kaum Luth عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله – تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi . Ke Dua Belas engamal Seks Abnormal Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang . . ”Ke Tiga Belas :Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan. عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan ). Hadith di takhrijkan oleh Muslim Ke Empat Belas Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau المسبل إزاره المختال في مشيته “Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.” Ke Lima Belas Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu. .Ke Enam Belas : Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.” Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Nasasii dan di anggap sahih oleh al Albani.

Tingginya Martabat Seorang Wanita

kalau nak tahu wanita itu mahal dan harganya sangat-sangat mahal.. mahal segala-galanya.. mahal dari segala sudut... :- 1) lihat pada mulia peribadinya.. kalau makin mulia peribadinya.. makin mulia laa dia.. 2) lihat pada baik akhlaknya... kalau makin baik akhlaknya.. makin baik laa akhlak dia.. 3) liha pada elok percakapannya.. kalau makin elok percakapannya.. makin elok laa dia.. 4) lihat pada terjaga auratnya.. kalau makin terjaga auratnya.. makin terjagalah aurat dia.. 5) lihat pada indah budi pekertinya.. kalau makin indah budi pekertinya.. makin indahlah budi pekerti dia lengkap 5 nie.. insyaAllah.. wanita seperti inilah yang akan membahagiakan para lelaki (suami) mereka nanti… Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata Rasulullah s.a.w bersabda : تنكح المرأة لأربع لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها, فاظفر بذات الدّين تربت يداك “ wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya ke @ keturunannya ke @ kecantikannya ke @ agamanya... maka, pilillah wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung “.. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858)) “ Jatuh Cinta adalah penyakit dan penawarnya adalah menikahi wanita yang engkau cintai ”.. (Ibnu Qayyim) dan yang nie untuk hok laki-laki (suami) Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis riwayat nasa’i dan lain2.. :- “ sebaik-baik isteri adalah apabila kamu memandangnya kamu akan senang, apabila kamu perintah ia patuh padamu, apabila kamu beri bahagian ia akan menerimanya, dan apabila kamu pergi ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu ” * apabila kamu memandangnya kamu akan senang ( hati kamu senang akan melihat akan dia), * apabila kamu perintah ia patuh padamu ( kamu menyuruh dia buat jea no. (paling)x2 ), * apabila kamu beri bahagian ia akan menerimanya ( kamu bagi apa-apa sahaja kat dia.. contoh : kehidupan yang sederhana , dia akan terima ), * apabila kamu pergi ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu ( kamu pergi mana-mana @ merantau sekali pun.. pada hal jarak antara senawang to terminal bas seremban, kenari to sungai ulaq.. dia akan jaga maruahnya.. contoh : kawan si suami.. ingin bertanya suaminya ada ke dop..lalu si isteri kene tegas..cakap terus dya ' xdop kat umah..esok lusa dia blik laa'.. nie dop apabila kawan suami @ kawan isteri mai datang rumah.. amboii pelawa masuk umah lagi... siap beri layanan.. maksud dia tak tegas... yang nie ciri-ciri perempuan yang tak taat pada suami dan tidak solehah... dan menjaga hartamu.. contoh : jiran mai nak pinjam kereta.. lalu isteri tunjuk penumbuk… this girl is good girl Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab, ayat 59 : يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا " wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. " (33:59)

GANJARAN BULAN MULIA INI

“sesiapa yang cuba menghampiri Allah S.W.T pada bulan itu iaitu Bulan Ramadhan dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu adalah seumpama seorang yang menunaikan 70 amalan fardhu pada bulan-bulan lain” H.R Ibnu Khuzaimah,Baihaqi dan lain-lain 7 Amalan Sunat Yang Diamalkan oleh Rasulullah
Tahajjud Membaca al-quran Solat berjemaah di masjid Solat Dhuha Bersedekah setiap hari Jaga wuduk terus menerus Amalkan istighfar setiap hari MasyaAllah ganjarannya begitu besar..so,apa tunggu lagi…lets BERAMAL.. Pengarang kitab Ihya’ ‘ulum id-din telah meriwayatkan daripada Sayyidina Ali bahawa “sesiapa yang membaca al-quran ketika berdiri dalam solat akan mendapat 100 pahala bagi setiap huruf.sesiapa yang membaca al-quran dalam solat dalam keadaan duduk akan diberi 50 pahala bagi setiap huruf.sesiapa yang menbaca al-quran ketika di luar solat dalam keadaan berwuduk akan mendapat 25 pahala.sesiapa yang membaca al-quran tanpa wuduk akan mendapat 10 pahala dan sesiapa yang tidak membaca tetapi mendengar dengan penuh perhatian kepada bacaan orang lain pun mendapat pahala iaitu satu pahala bagi setiap huruf” Semoga dipermudahkan oleh Allah…Amin..

Monday, July 8, 2013

yeah!!Ramadhan Datang Lagi...


Ø  Maksud puasa
Puasa adalah menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat mengikut syarat-syarat yang di tentukan oleh syarak
Ø  Puasa boleh dibahagikan kepada 2 jenis
Puasa sunat: boleh dikerjakan bila-bila masa mengikut kemahuan sendiri dengan harapan mendapat ganjaran dan keampunan daripada Allah kecuali pada hari yang ditegah berpuasa
Puasa wajib: puasa yang dikerjakan kerana memenuhi tuntutan syarak,berdosa meninggalkannya,berpahala orang yang mengerjakannya.
Ø  Antara puasa sunat yang dituntut mengerjakannya
1)puasa 6 yang dikerjakan pada hari raya kedua
2)puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis
3)puasa 3 hari pada tiap-tiap bulan
4)puasa pada bulan rejab
5)puasa pada awal bulan zulhijjah sehingga 8 haribulan zulhijjah
6)puasa pada hari Assyura iaitu 10 haribulan Muharram
Ø  Antara puasa yang wajib dikerjakan
1)puasa bulan ramadhan
2)puasa Qada
3)puasa nazar
4)puasa kifarah
Ø  Hikmah puasa
~menimbulkan perasaan tolong menolong dan rasa kasih sayang antara satu sama lain,terutama kepada orang yang tidak berada dan anak yatim
~melatih diri bersifat sabar apabila menghadapi cubaan dan dugaan
~mendidik diri sentiasa memelihara suruhan Allah
Ø  Keistimewaan ramadhan
~diturunkan Al-quran
~berlakunya lailatulqadar
~sunat mengerjakan solat terawih

~pahala amalan berlipat ganda

Sunday, July 7, 2013

say NO to couple

Cinta monyet @ istilah lain iaitu couple adalah satu cinta dimana ia dipanggil nafsu dan diikuti dengan bisikan @ jejak2 langkah syaitOn semata-mata.. yang tidak ada penghujungnya
then say to nO couple !!.. because is Haram lagi haram jadah..
dimana firman Allah s.w.t :
" dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk "... (17:32)
.. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : " Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu).. H.R muslim..
antum nak ikut Nabi s.a.w kaa @ syaitOn..??.. 
Wallahua'lam bissiwab
ana bukan ustaz @ ustazah, ana insan yang lemah.. ana cume sampai ape yang telah disampaikan... yang baik datangnya daripada Allah s.w.t.. jika ada salah dan silap, kurang ke minta halal & ana minta maaf.. 

Wednesday, July 3, 2013

JOM KENALI KAIFIAT DAN FADHILAT…


FADHILAT MEMBACA AL-QURAN
v  Pembaca al-quran dinaungi dengan payung rahmat,dikelilingi oleh para malaikat dan diturunkan oleh Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.

Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) yang membaca al-quran dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan keatas mereka ketenengan,diselebungi rahmat,dikelilingi para malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisiNya”.(H.R Muslim)
v  Pembaca al-quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah S.W.T dan dipeliharanya dari kegelapan

“Bahawa rasulullah S.A.W bersabda :sesiapa yang mendengar satu ayat daripada kitab Allah (al-quran) di tulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda.sesiapa yang membacanya pula,baginya cahaya di hari kiamat”.(H.R. Ahmad)
v  Pembaca al-quran tiada bergundah hati dan terlepas dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.

“Daripada baginda S.A.W bersabda:”Al-quran datang pada hari kiamat lalu ia(al-quran) berkata: Wahai Tuhanku hiasilah dia (pembaca al-quran)!,maka dia dihiasi dengan mahkota kemuliaan.”kemudian ia berkata:wahai Tuhanku tambah lah lagi!Maka dia ditambahi dengan hiasan-hiasan kemuliaan.ia berkata lagi:wahai Tuhanku redhailah dia!Maka dia diredhai.Berkata ia pada pembaca al-quran :Bacalah al-quran dan naiklah(pada tangga-tangga syurga) dan ditambahi pada setiap satu ayat satu kebaikan”.(H.R. at-Tirmidzi)

v  Pembaca al-quran memperolehi kemuliaan dan di beri rahmat kedua ibu bapanya.

“Sesiapa yang membaca al-quran dan beramal dengan isi kandungannya,di anugerahkan ibu bapanya mahkota dihari kiamat.Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia.kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu(dipenuhi dengan sinarannya),maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan ini(al-quran).
(H.R. Abu Daud).
v  Pembaca al-quran memperoleh kedudukan yang tinggi dalam syurga.

“Dikatakan kepada pembaca al-quran :bacalah (al-quran),naiklah(pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membaca dengan tartil di dunia.sesungguhnya kedudukan rarjatmu sehingga akhir hayat yang engkau baca”. (H.R Ahmad)