Thursday, July 18, 2013

KITA SEBENARNYA KAN...

Lebih suka menyebut hello atau hai daripada Assalamualaikum
Lebih gembira menyebut 1hb January daripada 1 Muharram
Lebih suka mecarut daripada menyebut nama Allah
Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
Lebih tahu apa itu 14 February daripada 12 Rabiulawwal
Lebih suka perbuatan kemungkaran daripada perbuatan kebajikan
Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
Lebih suka membesarkan hari sabtu dan ahad daripada hari jumaat
Lebih suka tengok tv,lepak daripada sembahyang
Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat
Lebih suka memaki mengumpat daripada memuji mereka
Lebih suka menyanyi daripada berwirid dan bertahmid
Lebih suka ke konsert daripada ceramah agama
Lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama
Lebih khusyu’ mendengar lagu daripada azan

Tetapi bila orang Tanya arah tuju kita,pasti kita akan jawab….
Lebih suka menuju ke syurga daripada neraka….
Tetapi layakkah kita ke syurga milik Allah??

yang sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.Barangsiapa yang mengerjakan perbuatan jahat,maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.Dan barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang dia dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk syurga,mereka diberi rezeki didalamnya tanpa al-hisab

                                                                                                                                    (Surah Al-Mu’min)

No comments:

Post a Comment