Assalamualaikum sahabat-sahabat yang di cintai kerana Allah.. Masya Allah sudah lama saya tidak mengUpdate Blog ini.. Agak Berhabuk juga la mula-mula buka.. Insya Allah mahu kembali aktif dalam dunia penulisan.. Moga Allah Redha
Alhamdulillah perkongsian kali ini berkaitan Dakwah. Kita hidup di atas dunia ini adalah sebagai Pendakwah. Dakwah bukanlah bergantung pada Ustaz atau ustazah sahaja. kiTa semua hamba Allah. Jadi kita Adalah pendakwah.. saya baru menghabiskan Buku mengenai Adam Corie bagaimana beliau tertarik dengan islam. Beliau kenal islam dan kembali kepada fitrah ketika berumur 39 tahun. Masya allah Hidayah milik Allah dan kita perlu berusaha untuk menggapainya..
kita sebagai umat islam dah berapa ramai kita islamkan orang?? Masyaa allah.. Tepuk dada tanya iman. kekadang terfikir, apa sumbangan kita untuk islam... ?? Apa kita nak jawab di hadapan Allah nanti??. Ya allah ampunkan dosa hambamu ini kerana tidak mampu untuk menjalankan dakwah mu..
Ok baiklah pertama sekali kita perlulah tunjukkan akhlak yang mulia kepada orang bukan islam.Gunakan bahasa yang sopan apabila berkata kata. Itu adalah dakwah.. tunjuk kepada mereka bahawa islam itu indah dan universal untuk semua orang. Ceritakan kepda mereka tentang islam.. In syaa Allah kita boleh dan mampu. Allah tak suruh kita jadi manusia jika kita tak mampu.. peaceNoWar.. hehe..
Jangan sesekali kita menghukum mereka selagi kita tidak berdakwah kepada mereka. Kerana mereka juga adalah makhluk Allah tetapi mereka belum menerima hidayah untuk kembali kepada fitrah
Kita yang dah terang lagi bersuluh adalah orang islam yang dikurniakan nikmat ialam dan iman perlulah membimbing mereka bukan memulaukan mereka.. surah Al hujurat ayat 13 ( ~~~Mohon Check Quran Tafsir ye~~~ )
Moga coretan kali ni bagi manfaat kepada Semua.. In Shaa Allah Sapa yang tolong agama Allah. Allah akan meneguhkan kedudukannya~~
pEnCaRi SyUrGaMu
Tuesday, January 26, 2016
Thursday, February 13, 2014
kisah disebalik JIHAD di zaman Nabi
assalamualaikum semua~~
Ramai yang
menganggap berjihad ialah pergi berperang melawan musuh kerana jika ditakdirkan
terbunuh, dia akan mati syahid dan akan menjadi penghuni syurga. Tapi tahukah
kita, pengertian Jihad itu adalah luas?
Pada satu hari
seorang lelaki menemui Rasulullah SAW untuk meminta izin pergi berjihad.
"Ya Rasulullah, saya ingin berjihad tetapi tidak mampu. Apakah yang harus
saya lakukan?"
" Apakah kamu
masih ada salah seorang daripada orang tuamu?" Tanya Rasulullah SAW.
Jawap pemuda itu
" Ya Rasulullah, saya masih ada seorang ibu."
"Kalau begitu,
kamu berbaktilah sahaja kepada orang tuamu. Apabila kamu sudah melakukan dengan
sesungguh hati, samalah pahalanya seperti kamu menunaikan haji, berumrah dan
berjihad," Rasulullah SAW menjelaskanya.
Seorang wanita
menemui Rasullulah SAW untuk mengetahui maksud jihad yang sebenar.
" Ya
Rasulullah, saya mewakili kaum perempuan untuk bertanyakan mengenai keperluan
jihad. Jihad diwajibkan kepada orang lelaki sahaja, jika menang dalam
peperangan mereka akan mendapat pahala yang besar. Jika terbunuh, dia akan mati
syahid dan masuk ke syurga. Kami kaum perempuan yang menguruskan kehidupan
mereka,apakah yang kami dapat?" Perempuan itu mempersoalkan.
Dengan lemah lembut
dan cara bijaksana Rasulullah SAW menerangkan, " Taat kepada suami dan
mengakui hak suami, balasannya setimpal dengan pahala pergi berjihad, tetapi
sayangnnya jarang sekali ada perempuan yang mampu melaksanakannya. Sampaikan
pesanannku ini kepada setiap perempuan yang kamu temui."
Wallahhua'alam.
p/s : Nabi
menyatakan hadith mengikut suasana dan keadaan ketika itu. Sebaiknya jika anda
musykil berkaitan status anda jika ingin berjihad membantu saudara kita
disana,rujuklah pandangan ustaz,ulama serta orang yang Alim terlebih dahulu.
Jihad itu perlu berilmu...
^^jom Berzikir~~
Assalamualaikum ~
Alhamdulillah
apa kabar semua..bertemu lagi kita dalam perkongsian kali ini.
In Sya Allah
kali ini nak bercerita pulak pasal mengingati Allah boleh menenangkan Hati yang
lara..
Dengan kata
lain bermaksud berzikir kepada Allah dengan menyebut namanya untuk mendekatkan
diri kepada Allah
Dalam surah Ar-Rad ayat 28
Yang
bermaksud: ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
Zikir banyak
jenis~
1.
Basmalah
iaitu membaca bismillah
2.
Tasbih
iaitu subhanallah
3.
Tahmid
iaitu Alhamdulillah
4.
Takbir
iaitu Allahuakbar
5.
Istighfar
iaitu Astaghfirullah hal Azim
6.
Hauqalah
iaitu La haula wala qu wata Illa Billa hil `Ali il Azim
Berdoa ,
membaca Al-quran dan menunaikan solat juga di kira sebagai zikir kerana amalan
tersebut menjadikan kita untuk mengingati Allah.
Berzikir pun
ada Adab Taw~~
Antaranya…
# sebut lafaz
zikir dengan suara & itonasi yang sederhana
# buat dengan
Ikhlas kerana Allah
# merendah
diri dan penuh ketaqwaan kepada Allah
# sebut dengan
fasih dan lancar
# berzikir
dengan hati yang khusyuk
# mengharapkan
keredhaan Allah
# faham lafaz
zikir yang di sebut
Kesimpulannya
dengan berzikir dapat menenangkan diri dan mendekatkan diri kita kepada Allah
^^ selamat
beramal ^^
Sunday, February 9, 2014
~~ShARING IS CARING~~
Assalamualaikum
sahabat-sahabat sekalian.~~..
Lamanya rasa tidak meng `updatae` blog
tersayang nie.. Habuk pon ada~
Perkongsian kali ini
adalah #copypaste# ja~
Semoga bermanfaat untuk sahabat-sahabat
yang disayangi kerana Allah sekalian
Ok lah
teruskan pembacaan~..
SEDARKAH KITA?
Ramai perempuan cuba mencabar NAFSU LELAKI?
Bagaimana?
Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap,
takkan saya masih menggoda kot!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita.
Pakaian longgar, labuh, tak tipis, pakai stokin,
tudung menutup dada. Tapi di luar sedar,
mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :
1. Tunduk
Tunduk pun salah?
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian
nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai,
terus capai benda tu. Sedarkah kita dah membiarkan bentuk
bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki?
Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.
2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki
Lebih senang lagi, menjeling.
Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja,
menggoda dan minta perhatian.
Percayalah....
lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan
dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa,
bagi mereka sangat seksi dan menggoda.
3. Lenggok Badan
Tahukah kita?
Cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk
berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk
(bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi),
mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?
4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman.
Alamak, senyum pun salah juga?
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’?
Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian
tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki.
Apalagi bila bercakap soal bibir.
Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?
Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah
dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi,
senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra,
manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan
tayangkan pada suami dan anak saja.
Mungkin kita mengeluh.
Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah.
Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?
Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki
dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah,
mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan
yang dilindungi Allah Azza wa Jalla.
Bagaimana caranya :
1. Elakkan berurusan dengan lelaki.
Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan
perempuan, mintalah tolong dari perempuan.
Disebabkan limitation kemampuan perempuan
seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain,
maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.
2. Kalau terpaksa contact orang lelaki,
gunakanlah medium perantaraan dalam
bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil.
Gunakan perkataan-perkataan formal,
bukan bahasa pasar. Contoh :
Maaf, (bukan sorrie..),
Terima kasih (bukan time kaceh).
Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^),
gelak-gelak ke (hihihih), dan lain-lain
yang kurang berfaedah. Elakkan bercakap
melalui telefon kalau belum desperate.
Ini kerana suara wanita amat lunak dan
boleh menggetarkan jiwa lelaki.
Rujuk Al-Qur’an surah Al-Ahzab ayat 32 :
“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti
perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa.
Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara,
sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.
Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja,
lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya.
Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi,
sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk
mencapai darjat yang sama seperti mereka,
darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan
darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?
3. Tundukkan hati :
Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki,
kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang,
kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya
disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita.
Waktu berdepan dengan mereka,
banyak-banyaklah berdoa :
“Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini
tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya
dari panahan syaitan.”
4. Tundukkan pandangan.
Jangan tertipu dengan subjek Communication Skills
yang kita belajar kat universiti dulu :
“Make eye contact with the person you’re talking to.”
Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang
yang sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact
dengan orang yang berlainan jantina, kita akan
mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.
So, be careful dengan pandangan mata.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya
tahan pandangan apabila mereka berurusan
dengan isteri-isteri nabi.
Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53 :
“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi,
mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu
dan hati mereka..”
Kita bukan disuruh bawa tabir ke mana-mana kita pergi.
Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan
dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah
sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan
isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam
kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang,
kenalah buat apa yang diorang buat.
Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam
Al-Qur’an baru nak buat kot. Contoh :
“Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…”
Iskhh...iskhhh... tak layak nya…
5. Cepatkan urusan.
Ni mungkin applicable kepada students atau
orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan
dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak,
dia je team mate kita.
So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama,
buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak,
tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah,
buat lawaklah.. tak perlu dan tak perlu.
Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi.
Perbincangan buatlah di tempat yang proper
dan berurusanlah secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali
sebagai wanita mu’minah yang ada identiti,
taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.
Jaga diri, hiasi peribadi....sama sama kita cuba ..sikit sikit ...In Sya Allah ...^^
SEDARKAH KITA?
Ramai perempuan cuba mencabar NAFSU LELAKI?
Bagaimana?
Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap,
takkan saya masih menggoda kot!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita.
Pakaian longgar, labuh, tak tipis, pakai stokin,
tudung menutup dada. Tapi di luar sedar,
mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :
1. Tunduk
Tunduk pun salah?
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian
nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai,
terus capai benda tu. Sedarkah kita dah membiarkan bentuk
bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki?
Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.
2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki
Lebih senang lagi, menjeling.
Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja,
menggoda dan minta perhatian.
Percayalah....
lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan
dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa,
bagi mereka sangat seksi dan menggoda.
3. Lenggok Badan
Tahukah kita?
Cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk
berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk
(bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi),
mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?
4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman.
Alamak, senyum pun salah juga?
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’?
Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian
tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki.
Apalagi bila bercakap soal bibir.
Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?
Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah
dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi,
senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra,
manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan
tayangkan pada suami dan anak saja.
Mungkin kita mengeluh.
Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah.
Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?
Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki
dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah,
mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan
yang dilindungi Allah Azza wa Jalla.
Bagaimana caranya :
1. Elakkan berurusan dengan lelaki.
Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan
perempuan, mintalah tolong dari perempuan.
Disebabkan limitation kemampuan perempuan
seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain,
maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.
2. Kalau terpaksa contact orang lelaki,
gunakanlah medium perantaraan dalam
bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil.
Gunakan perkataan-perkataan formal,
bukan bahasa pasar. Contoh :
Maaf, (bukan sorrie..),
Terima kasih (bukan time kaceh).
Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^),
gelak-gelak ke (hihihih), dan lain-lain
yang kurang berfaedah. Elakkan bercakap
melalui telefon kalau belum desperate.
Ini kerana suara wanita amat lunak dan
boleh menggetarkan jiwa lelaki.
Rujuk Al-Qur’an surah Al-Ahzab ayat 32 :
“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti
perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa.
Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara,
sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.
Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja,
lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya.
Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi,
sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk
mencapai darjat yang sama seperti mereka,
darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan
darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?
3. Tundukkan hati :
Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki,
kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang,
kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya
disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita.
Waktu berdepan dengan mereka,
banyak-banyaklah berdoa :
“Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini
tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya
dari panahan syaitan.”
4. Tundukkan pandangan.
Jangan tertipu dengan subjek Communication Skills
yang kita belajar kat universiti dulu :
“Make eye contact with the person you’re talking to.”
Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang
yang sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact
dengan orang yang berlainan jantina, kita akan
mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.
So, be careful dengan pandangan mata.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya
tahan pandangan apabila mereka berurusan
dengan isteri-isteri nabi.
Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53 :
“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi,
mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu
dan hati mereka..”
Kita bukan disuruh bawa tabir ke mana-mana kita pergi.
Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan
dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah
sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan
isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam
kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang,
kenalah buat apa yang diorang buat.
Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam
Al-Qur’an baru nak buat kot. Contoh :
“Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…”
Iskhh...iskhhh... tak layak nya…
5. Cepatkan urusan.
Ni mungkin applicable kepada students atau
orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan
dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak,
dia je team mate kita.
So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama,
buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak,
tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah,
buat lawaklah.. tak perlu dan tak perlu.
Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi.
Perbincangan buatlah di tempat yang proper
dan berurusanlah secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali
sebagai wanita mu’minah yang ada identiti,
taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.
Jaga diri, hiasi peribadi....sama sama kita cuba ..sikit sikit ...In Sya Allah ...^^
Wednesday, January 29, 2014
SELAWAT...selawat..SELAWAT..!
AJAIBNYA SELAWAT
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat?
Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini.
Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu
kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan
membincangkan tentang keajaiban selawat.
1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku
sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis
Riwayat Muslim.)
2. Allah akan
hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali
setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3. Jodoh ditentukan
oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan
bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4. Setiap penyakit
ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut
yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal
membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan
fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca
selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang
mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan
lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid
Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat
mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang
berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela
seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang
amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh
kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu
kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan
orang lain.
12. Berselawat 33
kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang
diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang
berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat
keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari
menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat
kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab
Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib &
Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang
amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya
daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan berselawat
secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan
Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi,
sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada
gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca selawat
10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta
dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang
membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal
mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21. Menurut Al-Hafiz
Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan
membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang
menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari
Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang
sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat
dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas
rahmat-Nya.
25. Ulamak
berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa
hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya
yang lain.
26. Membaca selawat
1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa
dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para
ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28. Para Ulamak
berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat
40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, ia
akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali
pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh
syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
~Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang
berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas
baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam
orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.~
Wallahu a’lam اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ
عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
Top of Form
Bottom of Form
Saturday, September 28, 2013
Alhamdulillah.. lama betul tidak update blog ni. berhabuk sudah. tak nak bercerita panjang just nak share first time pengalaman masuk bilik NMR. Excited sungguh kami sambil boleh berposing. sebenarnya kawan-kawan bilik ni amat berbahaya kepada badan kita . kesan dia dalam masa yang panjang. tapi kami bakal chemist one day, insyaAllah Allah ada. membantu hambanya yang memerlukan. Thats all..
Tenkiu sudi baca!<3
we Are Chemist !!
Tenkiu sudi baca!<3
we Are Chemist !!
Monday, September 9, 2013
Tanggapan salah mengenai Qada' N Qadar
Seringkali didengar mengenai
rungutan dan keluhan sebilangan umat islam bahawa beriman kepada qada’ dan
qadar merupakan antara punca kemunduran atau kelemahan umat islam hari ini.
Sejauh manakah dakwaan atau rungutan ini. Lantas penelitian mendalam perlu
dilakukan untuk memahami maksud qada’ dan qadar serta kaitan antara keimanan
kepada qada’ dan qadar dengan kemunduran dan kelemahan umat islam. Definisi
qada’ ialah pengetahuan Allah SWT mengenai segala apa yang berlaku di dalam
alam ini. Bila seseorang itu mengetahui dan yakin bahawa setiap apa yang
berlaku di alam ini adalah sebagaimana yang diketahui Allah SWT,ini membawa
pengertian bahawa dia telah beriman dengan qada’ Allah SWT. Manakala pengertian
qadar ialah Allah mengadakan sesuatu itu tepat sebagaimana yang di ketahui oleh
ilmuNya yang azali
Sekiranya kita memahami maksud
qada’ dan qadar sebagaimana yang dikehendaki oleh islam,apakah terdapat kaitan
antara mengetahui bahawa setiap sesuatu itu berlaku dengan kehendak Allah
SWT dengan sebab kemunduran dan
kelemahan umat islam?
Keimanan dengan qada’ dan qadar
tidak mempunyai kaitan dengan tingkah laku manusia. Ini kerana keimanan kepada
qada’ dan qadar merupakan sebahagian daripada keimanan dengan Allah SWT dan
sifatNya. Sementara tingkah laku manusia lahir daripada suruhan dan larangan
Allah SWT.
Allah SWT memerintah kita supaya
mengimarah dan memajukan ala mini sama ada dari sudut material atau spiritual
sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud “ Dia telah menciptakan kamu daripada tanah dan menjadikan kamu sebagai
pemakmurnya(bumi)”.(Hud:61) begitu juga Allah telah memerintahkan umat manusia
supaya meneroka seluruh pelusuk alam ini untuk mendapatkan segala bentuk hasil
kekayaan yang terkandung di dalamnya,sebagaimana firmanNya yang bermaksud “
Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala
penjurunya dan makanlah daripada sebahagian rezekiNya. Dan hanya kepadaNya lah
kamu kembali setelah di bangkitkan”.(al-mulk:15)
Allah SWT juga memerintahkan kita
supaya mematuhi segala ajarannya dalam segala tingkah laku kita dan dia
menjanjikan kita dengan kejayaan serta kekuasaan di atas dunia ini,sebagaimana
firmanNya yang bermaksud “ Dan Allah
telah berjanji kepada orang yang beriman diantara kamu dan mengerjakan amal
soleh bahawa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di bumi ini
sebagaimana Dia menjadikan orang sebelum ini berkuasa dan Dia akan meneguhkan
bagi mereka agama yang telah di redhaiNya untuk mereka”. (An-nur:55).
Lantaran dari pada itu seseorang yang beriman kepada Allah SWT dan mengetahui
perintahNya akan melaksanakan segala perintah itu dengan penuh tanggungjawab
dan bersungguh-sungguh. Dengan demikian,perasaan malas,putus asa dan menyerah
tanpa usaha tidak akan lahir dalam jiwa mereka.
Allah SWT yang mentaklifkan
hamba-hambaNya supaya beriman dengan qada’ dan qadar tidak pernah berkata
‘jadilah kamu hamba yang malas’. Namun apa yang diperintahkan adalah supaya
kita sentiasa berusaha dengan penuh keikhlasan sebagaimana yang dinyatakan oleh
Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud, “
Dan katakanlah: bekerjalah kamu,maka Allah dan rasulNya serta orang yang
beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Allah
Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata lalu diberikanNya kepada kamu apa
yang telah kamu kerjakan”. (At-Taubah : 105)
Begitu juga Allah SWT
memerintahkan kita supaya berjihad sebagaimana firmanNya yang bermaksud , “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan
jihad yang sebenar-benarnya,Dia telah memilih kamu Dan dia tidak sekali-kali
menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”. (Al-Hajj : 78)
Sekiranya kita memerhatikan
sejarah umat islam silam,kita kan mendapati contoh-contoh perjuangan mereka
yang unggul. Mereka Berjaya membina tamadun islam yang cemerlang dalam masa
tersebut. Lihatlah pada kemunculan kerajaan islam di Andalus yang Berjaya
membina sebuah tamadun yang agung,sama ada dari sudut ilmu,akhlak, mahupun seni
bina. Apakah sesebuah tamadun sehebat ini boleh wujud dan lahir dari kalangan
golongan manusia yang lemah dan malas?
Sudah tentu tidak!!
Mereka yang menganggap bahawa
umat islam hari ini mundur kerana mempercayai qada’ dan qadar sebenarnya tidak
memahami makna hakiki qada’ dan qadar. Generasi awal umat islam yang terdiri
daripada para sahabat r.a merupakan satu contoh yang unggul mengenai keyakinan
mereka terhadap Rukun Iman. Begitu juga mereka merupakan contoh ketekunan dan
kesungguhan dalam pelaksanaan apa jua bentuk perintah Allah SWT. Mereka turut
mengerjakan kerja-kerja seharian mereka berasaskan tuntutan untuk melaksanakan
segala perintah Allah SWT. Justeru,mereka Berjaya membina tamadun islam dalam
masa yang amat menakjubkan.
Sementara umat islam yang begitu
ramai dewasa ini ialah umpama buih dilautan . mereka tidak mempunyai kekuatan
kerana tidak berpegang dengan prinsip-prinsip islam yang jelas. Keyakinan
mereka terhadap Rukun Iman begitu rapuh. Dalam menempuh cabaran
kehidupan,mereka sekadar bergantung kepada orang lain dan mengikut apa yang
telah di rancang oleh pihak barat. Negara umat islam menjadi tempat lambakan
barangan dari Negara-negara bukan islam. Oleh itu kelemahan dan kemunduran umat
islam hari ini adalah disebabkan kelalaian mereka dan ia tiada kaitan dengan
keimanan mereka kepada qada’ dan qadar.
Subscribe to:
Comments (Atom)



