Thursday, February 13, 2014

kisah disebalik JIHAD di zaman Nabi


assalamualaikum semua~~

Ramai yang menganggap berjihad ialah pergi berperang melawan musuh kerana jika ditakdirkan terbunuh, dia akan mati syahid dan akan menjadi penghuni syurga. Tapi tahukah kita, pengertian Jihad itu adalah luas?

Pada satu hari seorang lelaki menemui Rasulullah SAW untuk meminta izin pergi berjihad. "Ya Rasulullah, saya ingin berjihad tetapi tidak mampu. Apakah yang harus saya lakukan?"

" Apakah kamu masih ada salah seorang daripada orang tuamu?" Tanya Rasulullah SAW.

Jawap pemuda itu " Ya Rasulullah, saya masih ada seorang ibu."

"Kalau begitu, kamu berbaktilah sahaja kepada orang tuamu. Apabila kamu sudah melakukan dengan sesungguh hati, samalah pahalanya seperti kamu menunaikan haji, berumrah dan berjihad," Rasulullah SAW menjelaskanya.

Seorang wanita menemui Rasullulah SAW untuk mengetahui maksud jihad yang sebenar.

" Ya Rasulullah, saya mewakili kaum perempuan untuk bertanyakan mengenai keperluan jihad. Jihad diwajibkan kepada orang lelaki sahaja, jika menang dalam peperangan mereka akan mendapat pahala yang besar. Jika terbunuh, dia akan mati syahid dan masuk ke syurga. Kami kaum perempuan yang menguruskan kehidupan mereka,apakah yang kami dapat?" Perempuan itu mempersoalkan.

Dengan lemah lembut dan cara bijaksana Rasulullah SAW menerangkan, " Taat kepada suami dan mengakui hak suami, balasannya setimpal dengan pahala pergi berjihad, tetapi sayangnnya jarang sekali ada perempuan yang mampu melaksanakannya. Sampaikan pesanannku ini kepada setiap perempuan yang kamu temui."
Wallahhua'alam.


p/s : Nabi menyatakan hadith mengikut suasana dan keadaan ketika itu. Sebaiknya jika anda musykil berkaitan status anda jika ingin berjihad membantu saudara kita disana,rujuklah pandangan ustaz,ulama serta orang yang Alim terlebih dahulu. Jihad itu perlu berilmu...


^^jom Berzikir~~

Assalamualaikum ~
Alhamdulillah apa kabar semua..bertemu lagi kita dalam perkongsian kali ini.
In Sya Allah kali ini nak bercerita pulak pasal mengingati Allah boleh menenangkan Hati yang lara..
Dengan kata lain bermaksud berzikir kepada Allah dengan menyebut namanya untuk mendekatkan diri kepada Allah
Dalam surah Ar-Rad ayat 28                                                        
Yang bermaksud: ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
Zikir banyak jenis~
1.       Basmalah iaitu membaca bismillah
2.      Tasbih iaitu subhanallah
3.      Tahmid iaitu Alhamdulillah
4.     Takbir iaitu Allahuakbar
5.      Istighfar iaitu Astaghfirullah hal Azim
6.     Hauqalah iaitu La haula wala qu wata Illa Billa hil `Ali il Azim

Berdoa , membaca Al-quran dan menunaikan solat juga di kira sebagai zikir kerana amalan tersebut menjadikan kita untuk mengingati Allah.
Berzikir pun ada Adab Taw~~
Antaranya…
# sebut lafaz zikir dengan suara & itonasi yang sederhana
# buat dengan Ikhlas kerana Allah
# merendah diri dan penuh ketaqwaan kepada Allah
# sebut dengan fasih dan lancar
# berzikir dengan hati yang khusyuk
# mengharapkan keredhaan Allah
# faham lafaz zikir yang di sebut
Kesimpulannya dengan berzikir dapat menenangkan diri dan mendekatkan diri kita kepada Allah
^^ selamat beramal ^^







Sunday, February 9, 2014

~~ShARING IS CARING~~



                     Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.~~..
    Lamanya rasa tidak meng `updatae` blog tersayang nie.. Habuk pon      ada~
                           Perkongsian kali ini adalah #copypaste# ja~
        Semoga bermanfaat untuk sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah sekalian
                                         Ok lah teruskan pembacaan~..

SEDARKAH KITA?

Ramai perempuan cuba mencabar NAFSU LELAKI?
Bagaimana?

Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap,
takkan saya masih menggoda kot!

Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita.
Pakaian longgar, labuh, tak tipis, pakai stokin,
tudung menutup dada. Tapi di luar sedar,
mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk

Tunduk pun salah?

Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian
nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai,
terus capai benda tu. Sedarkah kita dah membiarkan bentuk
bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki?

Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling.
Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja,
menggoda dan minta perhatian.

Percayalah....
lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan
dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa,
bagi mereka sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita?
Cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?

Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk
berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk
(bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi),
mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.

See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman.

Alamak, senyum pun salah juga?

Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’?
Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.

Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian
tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki.
Apalagi bila bercakap soal bibir.

Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?

Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah
dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi,
senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra,
manis, tawar dan nipis kan?

Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan
tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin kita mengeluh.
Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah.
Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?

Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki
dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah,
mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan
yang dilindungi Allah Azza wa Jalla.

Bagaimana caranya :

1. Elakkan berurusan dengan lelaki.
Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan
perempuan, mintalah tolong dari perempuan.
Disebabkan limitation kemampuan perempuan
seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain,
maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki,
gunakanlah medium perantaraan dalam
bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil.

Gunakan perkataan-perkataan formal,
bukan bahasa pasar. Contoh :
Maaf, (bukan sorrie..),
Terima kasih (bukan time kaceh).

Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^),
gelak-gelak ke (hihihih), dan lain-lain
yang kurang berfaedah. Elakkan bercakap
melalui telefon kalau belum desperate.
Ini kerana suara wanita amat lunak dan
boleh menggetarkan jiwa lelaki.

Rujuk Al-Qur’an surah Al-Ahzab ayat 32 :

“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti
perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa.
Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara,
sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja,
lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya.

Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi,
sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk
mencapai darjat yang sama seperti mereka,
darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan
darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?

3. Tundukkan hati :
Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki,
kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang,
kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya
disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita.

Waktu berdepan dengan mereka,
banyak-banyaklah berdoa :
“Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini
tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya
dari panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan.
Jangan tertipu dengan subjek Communication Skills
yang kita belajar kat universiti dulu :
“Make eye contact with the person you’re talking to.”

Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang
yang sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact
dengan orang yang berlainan jantina, kita akan
mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.

So, be careful dengan pandangan mata.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya
tahan pandangan apabila mereka berurusan
dengan isteri-isteri nabi.

Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53 :
“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi,
mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu
dan hati mereka..”

Kita bukan disuruh bawa tabir ke mana-mana kita pergi.
Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan
dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah
sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan
isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam
kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang,
kenalah buat apa yang diorang buat.

Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam
Al-Qur’an baru nak buat kot. Contoh :
“Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…”
Iskhh...iskhhh... tak layak nya…

5. Cepatkan urusan.
Ni mungkin applicable kepada students atau
orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan
dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak,
dia je team mate kita.

So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama,
buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak,
tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah,
buat lawaklah.. tak perlu dan tak perlu.

Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi.
Perbincangan buatlah di tempat yang proper
dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali
sebagai wanita mu’minah yang ada identiti,
taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.

Jaga diri, hiasi peribadi....sama sama kita cuba ..sikit sikit ...In Sya Allah ...^^


Wednesday, January 29, 2014

SELAWAT...selawat..SELAWAT..!

AJAIBNYA SELAWAT


Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu
kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

 2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

 3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

 4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

 5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

 6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

 7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

 8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

 9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

 10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

 12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

 13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

 15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

 16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

 17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

 18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

 19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

 20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

 21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

 22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

 23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

 25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

 26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

 27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

 28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

 29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani


~Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.~

Wallahu a’lam اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
Top of Form

Bottom of Form