ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
Sebenarnya kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua
berkaitan solat sunat Dhuha.Dalam islam,setiap waktu ada namanya tersendiri dan
setiap waktu ada keistimewaan dan keberkatan.Dhuha adalah nama kepada
waktu…lets we proceed..hee
Ia dinamakan Dhuha kerana solat ini dikerjakan pada waktu
dhahwah iaitu waktu matahari sudah naik tinggi..Nama lain bagi solat Dhuha
adalah awwabin..Hebatnye yer solat ni ade banyak nama..!iaitu bermaksud kembali
pada Allah pada masa-masa lalai,solat orang-orang yang taat dan sering ingat
kepada Allah,akhirnya solat untuk orang-orang yang bertaubat.Ramai orang pada
waktu ini termasuk saya nil alai pada waktu Dhuha kerana sibik mencari rezeki
dan keuntungan dunia..dunia hanyalah sementara jika nak dibandingkan dengan
akhirat yang kekal abadi.Oleh itu sesiapa yang kembali pada Allah untuk
beribadah dan mengerjakan ketaatan pada waktu tersebut,dia akan mendapat
kedudukan yang tinggi di sisi Allah..InsyaAllah..
Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud
Solat Awwabin
(orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari
H.R. Imam Muslim dalam
Shahihnya
Jadi, jelaslah waktu solat sunat Dhuha ini bermula 28 minit
selepas terbit matahari.Waktu berakhirnya adalah sebelum tergelincir matahari
iaitu 15 minit sebelum masuk waktu zohor atau untuk lebih berhati-hati 30 minit
sebelum masuk waktu zohor.Waktu yang paling afdal ialah saat matahari panas
terik.sebenarnya solat ni boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat..paling
minima adalah 2 rakaat.
Antara kelebihan solat sunat Dhuha ini adalah ianya amalan
berbentuk sedekah.macam mana tu?mesti tertanya-tanye..ini bermaksud setiap
anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi
menunjukkan ketaatan kita kepada Allah.justeru itu solat Dhuha adalah amalan
yang dapat menunaikan tanggungjawab tersebut.Selain itu,Allah juga akan member
rezeki yang cukup sepanjang hari..Alhamdulillah..Allah akan memberikan pahala
sebagaimana mengerjakan haji dan umrah kepada sesiapa yang mengerjakan solat
sunat Dhuha..Antara kelebihan lain adalah Ia termasuk dalam golongan yang tidak
lalai mengingati Allah serta di bina mahligai untuknya disyurga
kelak..InsyaAllah..
Jom sama-sama kita mengerjakan ibadah yang sangat dituntut
ini dengan hati yang ikhlas!semoga kita sama-sama tergolong dalam golongan yang
tidak lalai dan alpa dengan kemewahan dunia yang sementara ini..
LETS DHUHA TOGETHER..HEHE<3
#PetikanMajalahEditorial#


