Sunday, June 30, 2013

Kembali Padamu...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Sebenarnya kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan solat sunat Dhuha.Dalam islam,setiap waktu ada namanya tersendiri dan setiap waktu ada keistimewaan dan keberkatan.Dhuha adalah nama kepada waktu…lets we proceed..hee
Ia dinamakan Dhuha kerana solat ini dikerjakan pada waktu dhahwah iaitu waktu matahari sudah naik tinggi..Nama lain bagi solat Dhuha adalah awwabin..Hebatnye yer solat ni ade banyak nama..!iaitu bermaksud kembali pada Allah pada masa-masa lalai,solat orang-orang yang taat dan sering ingat kepada Allah,akhirnya solat untuk orang-orang yang bertaubat.Ramai orang pada waktu ini termasuk saya nil alai pada waktu Dhuha kerana sibik mencari rezeki dan keuntungan dunia..dunia hanyalah sementara jika nak dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi.Oleh itu sesiapa yang kembali pada Allah untuk beribadah dan mengerjakan ketaatan pada waktu tersebut,dia akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah..InsyaAllah..
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari
H.R. Imam Muslim dalam Shahihnya
Jadi, jelaslah waktu solat sunat Dhuha ini bermula 28 minit selepas terbit matahari.Waktu berakhirnya adalah sebelum tergelincir matahari iaitu 15 minit sebelum masuk waktu zohor atau untuk lebih berhati-hati 30 minit sebelum masuk waktu zohor.Waktu yang paling afdal ialah saat matahari panas terik.sebenarnya solat ni boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat..paling minima adalah 2 rakaat.
Antara kelebihan solat sunat Dhuha ini adalah ianya amalan berbentuk sedekah.macam mana tu?mesti tertanya-tanye..ini bermaksud setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah.justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggungjawab tersebut.Selain itu,Allah juga akan member rezeki yang cukup sepanjang hari..Alhamdulillah..Allah akan memberikan pahala sebagaimana mengerjakan haji dan umrah kepada sesiapa yang mengerjakan solat sunat Dhuha..Antara kelebihan lain adalah Ia termasuk dalam golongan yang tidak lalai mengingati Allah serta di bina mahligai untuknya disyurga kelak..InsyaAllah..
Jom sama-sama kita mengerjakan ibadah yang sangat dituntut ini dengan hati yang ikhlas!semoga kita sama-sama tergolong dalam golongan yang tidak lalai dan alpa dengan kemewahan dunia yang sementara ini..
LETS DHUHA TOGETHER..HEHE<3
#PetikanMajalahEditorial#



No comments:

Post a Comment