Wednesday, July 3, 2013

JOM KENALI KAIFIAT DAN FADHILAT…


FADHILAT MEMBACA AL-QURAN
v  Pembaca al-quran dinaungi dengan payung rahmat,dikelilingi oleh para malaikat dan diturunkan oleh Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.

Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) yang membaca al-quran dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan keatas mereka ketenengan,diselebungi rahmat,dikelilingi para malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisiNya”.(H.R Muslim)
v  Pembaca al-quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah S.W.T dan dipeliharanya dari kegelapan

“Bahawa rasulullah S.A.W bersabda :sesiapa yang mendengar satu ayat daripada kitab Allah (al-quran) di tulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda.sesiapa yang membacanya pula,baginya cahaya di hari kiamat”.(H.R. Ahmad)
v  Pembaca al-quran tiada bergundah hati dan terlepas dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.

“Daripada baginda S.A.W bersabda:”Al-quran datang pada hari kiamat lalu ia(al-quran) berkata: Wahai Tuhanku hiasilah dia (pembaca al-quran)!,maka dia dihiasi dengan mahkota kemuliaan.”kemudian ia berkata:wahai Tuhanku tambah lah lagi!Maka dia ditambahi dengan hiasan-hiasan kemuliaan.ia berkata lagi:wahai Tuhanku redhailah dia!Maka dia diredhai.Berkata ia pada pembaca al-quran :Bacalah al-quran dan naiklah(pada tangga-tangga syurga) dan ditambahi pada setiap satu ayat satu kebaikan”.(H.R. at-Tirmidzi)

v  Pembaca al-quran memperolehi kemuliaan dan di beri rahmat kedua ibu bapanya.

“Sesiapa yang membaca al-quran dan beramal dengan isi kandungannya,di anugerahkan ibu bapanya mahkota dihari kiamat.Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia.kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu(dipenuhi dengan sinarannya),maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan ini(al-quran).
(H.R. Abu Daud).
v  Pembaca al-quran memperoleh kedudukan yang tinggi dalam syurga.

“Dikatakan kepada pembaca al-quran :bacalah (al-quran),naiklah(pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membaca dengan tartil di dunia.sesungguhnya kedudukan rarjatmu sehingga akhir hayat yang engkau baca”. (H.R Ahmad)

 


No comments:

Post a Comment