Tuesday, July 16, 2013
GANJARAN BULAN MULIA INI
“sesiapa yang cuba menghampiri Allah S.W.T pada bulan itu iaitu Bulan Ramadhan dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu adalah seumpama seorang yang menunaikan 70 amalan fardhu pada bulan-bulan lain”
H.R Ibnu Khuzaimah,Baihaqi dan lain-lain
7 Amalan Sunat Yang Diamalkan oleh Rasulullah
Tahajjud
Membaca al-quran
Solat berjemaah di masjid
Solat Dhuha
Bersedekah setiap hari
Jaga wuduk terus menerus
Amalkan istighfar setiap hari
MasyaAllah ganjarannya begitu besar..so,apa tunggu lagi…lets BERAMAL..
Pengarang kitab Ihya’ ‘ulum id-din telah meriwayatkan daripada Sayyidina Ali bahawa “sesiapa yang membaca al-quran ketika berdiri dalam solat akan mendapat 100 pahala bagi setiap huruf.sesiapa yang membaca al-quran dalam solat dalam keadaan duduk akan diberi 50 pahala bagi setiap huruf.sesiapa yang menbaca al-quran ketika di luar solat dalam keadaan berwuduk akan mendapat 25 pahala.sesiapa yang membaca al-quran tanpa wuduk akan mendapat 10 pahala dan sesiapa yang tidak membaca tetapi mendengar dengan penuh perhatian kepada bacaan orang lain pun mendapat pahala iaitu satu pahala bagi setiap huruf”
Semoga dipermudahkan oleh Allah…Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment