Monday, July 8, 2013

yeah!!Ramadhan Datang Lagi...


Ø  Maksud puasa
Puasa adalah menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat mengikut syarat-syarat yang di tentukan oleh syarak
Ø  Puasa boleh dibahagikan kepada 2 jenis
Puasa sunat: boleh dikerjakan bila-bila masa mengikut kemahuan sendiri dengan harapan mendapat ganjaran dan keampunan daripada Allah kecuali pada hari yang ditegah berpuasa
Puasa wajib: puasa yang dikerjakan kerana memenuhi tuntutan syarak,berdosa meninggalkannya,berpahala orang yang mengerjakannya.
Ø  Antara puasa sunat yang dituntut mengerjakannya
1)puasa 6 yang dikerjakan pada hari raya kedua
2)puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis
3)puasa 3 hari pada tiap-tiap bulan
4)puasa pada bulan rejab
5)puasa pada awal bulan zulhijjah sehingga 8 haribulan zulhijjah
6)puasa pada hari Assyura iaitu 10 haribulan Muharram
Ø  Antara puasa yang wajib dikerjakan
1)puasa bulan ramadhan
2)puasa Qada
3)puasa nazar
4)puasa kifarah
Ø  Hikmah puasa
~menimbulkan perasaan tolong menolong dan rasa kasih sayang antara satu sama lain,terutama kepada orang yang tidak berada dan anak yatim
~melatih diri bersifat sabar apabila menghadapi cubaan dan dugaan
~mendidik diri sentiasa memelihara suruhan Allah
Ø  Keistimewaan ramadhan
~diturunkan Al-quran
~berlakunya lailatulqadar
~sunat mengerjakan solat terawih

~pahala amalan berlipat ganda

No comments:

Post a Comment