Thursday, July 18, 2013

Akhirat Jua Yang Abadi

       Hidup di dunia ini adalah tumpangan sementara waktu sahaja.Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka.
       Di dunia kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat.Dunia bukan tempat bersenang-lenang.Kesenangan didunia sementara dan bersifat palsu,begitu juga dengan kesusahan didunia,semuanya palsu dan sementara sahaja.
      Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia akan menjadi bala,sementara kesusahannya pula menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula.Dunia adalah tempat kita di tipu dan menipukan
       Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah mutlak 100% dan kesusahannya juga 100%.Menyedari hakikat ini,perlulah kita menyediakan bekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh.Kekurangan bekalan akan menyulitkan perjalanan kita.
        Dalam menjalani kehidupan seharian,kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya.Lantaran itu Allah seringkali member notis(peringatan) supaya kita tidak lupa akan matlamat penghijrahan kita ke alam Baqa’.Notis demi notis dikenakan ke atas diri kita,tetapi kita tidak faham-faham dan gembira malah semakin besar tawanya.kalau TNB member notis pemotongan elektrik,kita akan menjadi kelam kabut,tetapi bila Allah menghantar notis ,kita buat acuh tak acuh saja.
        Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitahunya sebelum mencabut nyawanya.Tetapi Tatkala akan di ambil nyawanya,Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat tidak memberitahunya lebih awal.Malaikat segera menjawab,Allah telah menghantar peringatan demi peringatan.
         Di antara peringatan(notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih,gigi menjadi rongak,mata bertambah kabur,pendengaran bertambah kurang,badan sega menjadi layu,kuat menjadi lemah,muda menjadi tua,kuit menjadi kendur dan sebagainya.
          Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian.Pertama,bila teringat akan mati,terasa lapang hatinya.hatinya menjadi suka.Kelompok manusia dalam kategori ini adalah mereka yang benar-benar berilmu dan telah penuh keimananya terhadap Allah dan hari Akhirat.Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah.Ini adalah maqam tertinggi yang di miliki oleh para wali.
         Kedua,apabila teringat mati,hatinya menjadi takut,kecut dan gementar.Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa dengan Allah.Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan seseorang.Apabila tuannya ingin mengambilnya,dia cuba melarikan diri tetapi di tangkap secara paksaan.Kematian mereka amat menghinakan.
          Ketiga,golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian.Tetapi apabila telah mengalami mati,dia berasa sukacita.Malahan jika diberi pilihan,mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula.Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan.Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya.Semasa akan keluar,bayi akan menangis kerana menyangka hidup di dalam perut ibunya lebih baik dan nyaman daripada alam dunia.Tetapi apabila telah lahir di dunia ini ,dia tidak akan mahu kembali ke dalam perut ibunya meskipun di beri pilihan.Manusia yang termasuk dalam golongan ini adalah orang-orang beriman yang belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa.
            Marilah kita berlumba-lumba mencari bekalan untuk akhirat.Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah.Kematian hanya penghijrahan atau perpindahan alam,berpuindah dari negeri binasa ke negeri yang kekal abadi.Allah telah menghantar banyak notis kepada kita dan jadikanlah ia sebagai cemeti untuk menyedarkan diri tentang kematian yang sudah tentu akan menemui kita.


No comments:

Post a Comment