AJAIBNYA SELAWAT
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat?
Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini.
Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu
kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan
membincangkan tentang keajaiban selawat.
1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku
sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis
Riwayat Muslim.)
2. Allah akan
hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali
setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3. Jodoh ditentukan
oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan
bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4. Setiap penyakit
ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut
yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal
membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan
fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca
selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang
mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan
lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid
Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat
mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang
berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela
seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang
amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh
kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu
kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan
orang lain.
12. Berselawat 33
kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang
diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang
berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat
keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari
menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat
kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab
Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib &
Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang
amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya
daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan berselawat
secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan
Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi,
sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada
gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca selawat
10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta
dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang
membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal
mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21. Menurut Al-Hafiz
Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan
membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang
menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari
Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang
sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat
dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas
rahmat-Nya.
25. Ulamak
berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa
hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya
yang lain.
26. Membaca selawat
1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa
dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para
ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28. Para Ulamak
berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat
40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, ia
akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali
pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh
syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
~Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang
berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas
baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam
orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.~
Wallahu a’lam اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ
عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
No comments:
Post a Comment