assalamualaikum semua~~
Ramai yang
menganggap berjihad ialah pergi berperang melawan musuh kerana jika ditakdirkan
terbunuh, dia akan mati syahid dan akan menjadi penghuni syurga. Tapi tahukah
kita, pengertian Jihad itu adalah luas?
Pada satu hari
seorang lelaki menemui Rasulullah SAW untuk meminta izin pergi berjihad.
"Ya Rasulullah, saya ingin berjihad tetapi tidak mampu. Apakah yang harus
saya lakukan?"
" Apakah kamu
masih ada salah seorang daripada orang tuamu?" Tanya Rasulullah SAW.
Jawap pemuda itu
" Ya Rasulullah, saya masih ada seorang ibu."
"Kalau begitu,
kamu berbaktilah sahaja kepada orang tuamu. Apabila kamu sudah melakukan dengan
sesungguh hati, samalah pahalanya seperti kamu menunaikan haji, berumrah dan
berjihad," Rasulullah SAW menjelaskanya.
Seorang wanita
menemui Rasullulah SAW untuk mengetahui maksud jihad yang sebenar.
" Ya
Rasulullah, saya mewakili kaum perempuan untuk bertanyakan mengenai keperluan
jihad. Jihad diwajibkan kepada orang lelaki sahaja, jika menang dalam
peperangan mereka akan mendapat pahala yang besar. Jika terbunuh, dia akan mati
syahid dan masuk ke syurga. Kami kaum perempuan yang menguruskan kehidupan
mereka,apakah yang kami dapat?" Perempuan itu mempersoalkan.
Dengan lemah lembut
dan cara bijaksana Rasulullah SAW menerangkan, " Taat kepada suami dan
mengakui hak suami, balasannya setimpal dengan pahala pergi berjihad, tetapi
sayangnnya jarang sekali ada perempuan yang mampu melaksanakannya. Sampaikan
pesanannku ini kepada setiap perempuan yang kamu temui."
Wallahhua'alam.
p/s : Nabi
menyatakan hadith mengikut suasana dan keadaan ketika itu. Sebaiknya jika anda
musykil berkaitan status anda jika ingin berjihad membantu saudara kita
disana,rujuklah pandangan ustaz,ulama serta orang yang Alim terlebih dahulu.
Jihad itu perlu berilmu...
No comments:
Post a Comment