Assalamualaikum..apa khabar
sahabat setia blog yang tidak seberapa ini.Semoga kita semua berada dalam
RedhaNya.Pada coretan kali ini saya ingin berkongsi berkaitan tajuknya jalan
pintas ke syurga.Selepas menonton motivasi pagi tadi teringin pula ingin
berkongsi apa yang saya dapat.Ape itu jalan pintas.?Dalam erti kata lain adalah
‘shortcut’ iaitu masuk syurga tanpa dihisab oleh Allah.Kata ustaz dalam
motivasi tersebut sabda Rasulullah SAW yang bermaksud sesiapa yang menunaikan
umrah yang mabrur iaitu diterima oleh Allah SWT,maka dosanya sebelum dia
mengerjakan umrah adalah terhapus.MasyaAllah Maha Pengasihnya Allah kepada
hamba-hambanya yang beriman kepadanya!..Cuba bayangkan jika akil baligh kita
berumur 10 tahun dan kita mengerjakan umrah ketika berumur 50 tahun.Jadi jika
ditolak semua,selama 40 tahun dosa kita yang lalu diampunkan oleh
Allah.InsyaAllah dengan izinNya kita akan memperoleh syurga.Tapi perlu
diingat,masuk syurga adalah satu rahmat Allah kepada hambaNya yang bertakwa kepadaNya,bukanlah
disebabkan amalan yang kita selama hidup di dunia.
Begitu juga apabila kita
mengerjakan haji yang mabrur begitulah ganjarannya oleh Allah iaitu penghapus
dosa.Bagaimana ingin mendapat haji yang mabrur?Tepuk dada Tanya iman
masing-masing.Haji yang mabrur adalah apabila mati kubur rasa luas dan lapang dan
kita juga akan rasa cepat sahaja masuk syurga.Petanda lain juga adalah apabila
kita merasa sedih dan pilu untuk pulang ke Malaysia.Kerana kita merasakan
adakah kita boleh lakukan ibadat kepada
Allah seperti berada di Tanah suci..?Antaranya seperti bangun untuk beribadat
kepada Allah pada waktu malam,tidak tinggal solat berjemaah.
Jalan pintas untuk ke syurga yang
pertamanya adalah jagalah akidah supaya dapat
mengelakkan daripada melakukan syirik kepada Allah.Kita telah mengucap
dua kalimah Syahadah dan mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah SWT seterusnya mengaku bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh
Allah.Jadi kita sudah berikrar untuk taat setia kepada Allah dan kekasihnya
Nabi Muhammad.Mengapa kita masih lagi meragukan kekuasaan Allah SWT.?..Seperti
yang kita tahu ramai masyarakat masa kini yang kononnya menggantung ayat kursi
di hadapan pintu rumah mereka untuk mengelakkan dari syaitan memasuki
rumah.Cuba kita fikir balik,syaitan adalah makhluk halus mungkin boleh dia
masuk ikut tingkap atau lubang-lubang kecil yang lain.Memang tidak di nafikan
menggantung ayat itu adalah terpelihara daripada gangguan syaitan yang direjam
berdasarkan riwayat-riwayat dan hadis Nabi Muhammad SAW.Tetapi jika kita just
gantung dan tidak mengamalkan atau membacanya setiap kali masuk rumah sama juga
seperti tidak gantung..haha..lucu jugak…fikir-fikirkanlah..
Sama juga alkisahNya jika kita
memperoleh keputusan yang amat cemerlang dalam setiap peperiksaan dan dengan
bangganya berkata ini dalah hasil titik peluh kita sendiri tanpa pertolongan
sesiapa.uh..bangganya..! Perlu diingat bahawa rezeki semua adalah di tangan
Allah.Dia yang berhak memberi rezeki kepada hamba-hambaNya.Jika kita pernah terdetik
atau berkata seperti itu,kembali lah pada Allah.Ingat!Allah lah yang
mengurniakan kepandaian,kesembuhan kepada hambaNya.Kita sebagai manusia
hanyalah perlu berusaha dan berikhtiar ke arah itu.Jadi,selepas ini luruskan
niat dengan bergantung hanya pada Allah,Tuhan sekalian alam.
“ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..”
‘Kau tetapkanlah iman kami semasa
hidup kami,kau tetapkanlah iman kami semasa mati kami dan masukkanlah kami ke
dalam syurga bersama iman.Ya Allah kau berilah kepada kami petunjuk untuk terus
menghampirkan diri kami kepada Mu.Jangan Ya Allah kau menarik balik nikmat iman
dan islam yang telah kau berikan kepada kami semua.’
Amin Ya Rabbal Alamin..

No comments:
Post a Comment