Assalamualaikum semua..lama betul rasanya tidak update blog
ni..Alhamdulillah pada kali ini,saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai
tidur.Tahukah anda semua jika seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah
SAW,maka tidurnya akan menjadi ibadah.Ganjaran Allah SWT untuk orang yang
mengamalkan sunnah sangat besar.Dalam tidur sendiri ada banyak sunnah.Jom kita
mempelajari amalan tidur mengikut sunnah Rasulullah!..Teruskan Membaca ye kawan-kawan!!!
SUNNAH NABI SAW SEBELUM
TIDUR
a)
Mengikhlaskan niat
Tujuannya adalah untuk memberi kekuatan
untuk beramal selepas bangkit kelak
b)
Tidur dalam keadaan bersuci
Sebaik-baiknya,ambil wudhuk sebelum tidur
dan lakukan solat sunat taubat 2 rakaat. “Apabila
engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur),maka hendaklah berwuduk terlebih
dahulu sebagaimana wudukmu untuk melakukan solat”. (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim )
c)
Memaafkanlah
Maafkan semua kesalahan manusia pada kita
dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur
d) Niat
untuk bangun Tahajud
Sekiranya tidak terjaga,Allah
SWT akan mengira seolah-olah kita bertahajud sepanjang malam
e) Baca
surah 4 Qul
Bacalah surah
An-nas,Al-falaq,Al-ikhlas,Al-kafirun.kemudian tiup ke tapak tangan dan sapu ke
seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.Membaca surah
dan ayat yang menjadi amalan nabi SAW sebelum tidur.Menurut Ummul Mukminin
Aisyah “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat
tidurnya,baginda akan menghimpunkan kedua-dua tapak tangannyalalu meniup
kedua-duanya dan dibaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas.kemudian di sapunya
seluruh badan yang dapat di sapunya dengan kedua-dua tangannya.Baginda
memulakan dari bahagian kepalanya,mukanya dan bahagian depan badannya.Baginda
melakukannya sebanyak tiga kali”. ( Riwayat at-Tirmizi )
f) Mengibas
tempat pembaringan
Atau tempat tidur dengan hujung kain dan mengucapkan “basmalah”.
(Riwayat at-Tirmizi)
g) Mengiringkan
badan ke kanan
Dan tapak tangan di bawah pipi. “berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
h) Tidur
pada awal malam
“Baginda SAW tidur pada awal malam dan menghidupkan akhir malam”.
SUNNAH
NABI SAW SELEPAS TIDUR
v Berdoa
ketika bangun tidur.Rasulullah SAW,apabila bangun tidur,baginda berdoa, “segala puji bagi Allah yang telah
menghidupkan kami setelah kami mati dan kepadaNya kami kembali”. (Riwayat
Muslim )
v Mengusap
wajah. “Maka bangunlah Rasulullah
Muhammad SAW dari tidurnya kemudian duduk sambil mengusap wajah dengan
tangannya”. (Riwayat Muslim )
v Beristinsyaq,beristinsaar
dan bersiwak ketika bangun tidur. Beristinsyaq dan beristinsaar adalah
menghirup kemudian mengeluarkan atau menyemburkan kembali air dari hidung. “Apabila salah seorang daripada kalian bangun
dari tidurnya,maka beristinsaarlah tiga kali kerana sesungguhnya syaitan
bermalam di rongga hidungnya”. (H.R. Bukhari dan Muslim)
PERKARA YANG DILARANG
OLEH RASULLAH
·
Elakkan tidur dengan cara menghalakan kaki ke
kiblat.Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
·
Elakkan tidur di tempat terbuka yang mudah di
lihat oleh orang ramai.
·
Elakkan tidur sewaktu kekenyangan
·
Elakkan tidur secara meniarap,terutamanya
lelaki. “sesungguhnya posisi tidur
tengkurap itu adalah posisi tidur yang dimurkai oleh Allah”. (H.R. Abu Dawud)
WAKTU
TIDAK DI BENARKAN TIDUR
ü Awal-awal
pagi setelah terbit matahari
ü Selapas
waktu Asar
ü Tidur
di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh badan
Baiklah…Demikianlah Rasulullah SAW menunaikan hak-hak
tidur yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada baginda.Sebagai umat islam
yang beriman,sepatutnya kita menunaikan nikmat tidur sebagaimana yang telah
diajarkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW…SELAMAT MENCUBA DAN BERAMAL!!!!
No comments:
Post a Comment