Keheningan
pagi mengusik jiwaku.Embun yang membasahi tumbuhan-tumbuhan mengasyikkan aku
mengenangkan ciptaan Allah SWT yang tiada bandingannya.Aku sangat bertuah
kerana diberi masa dan kudrat lagi untuk meneruskan perjalanan hidupku yang penuh
dengan warna-warna kehidupan.Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan
diberi kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.Ibu bapa ku bekerja
sebagai pensyarah di Kolej Matrikulasi Kedah.Aku sangat beruntung kerana apa
yang aku hendak pasti mereka turuti.Namun, ibu bapaku tidak membenarkan aku
bercinta kerana bagi mereka usiaku sangat muda dan tidak layak untuk menjadi
isteri kepada suami orang.Pada aku,aku sudah berusia 20 tahun dan layak untuk
mengetahui ini semua.
Pada suatu
petang di Universiti Putra Malaysia,aku telah jatuh cinta pandangan pertama
dengan lelaki yang selalu ke surau kolej serumpun itu.Bagiku dia seorang yang
soleh dan kuat pendidikan agama.Aku mula menaruh hati dan perasaan kepada
beliau.Tapi aku hanya bertepuk sebelah tangan kerana tidak mungkin dia akan
jatuh cinta pada aku yang tidak seberapa cantik ini.Sedangkan di luar sana
masih lagi ramai perempuan yang cantik.Sepanjang malam aku teringatkan dia
sehingga ajula atau alpa kewajipanku pada Allah.
Ya Allah!!!Tolonglah aku…Aku berjanji akan
menjadi hambamu yang bertakwa…!!Panasnya Ya Allah!!..Dengan serta merta aku
terjaga daripada tidur.Alhamdulillah,rupa-rupanya aku bermimpi.Aku mengesat
peluh yang lahir dari tubuhku.Dalam mimpi tersebut aku merasa bahangnya api
yang membakar hampir ke seluruh tubuhku.
Sejak
daripada peristiwa itu,aku mula menjalankan kewajipan aku kepada Allah.Allah
tidak menciptakan jin dan manusia malainkan untuk beribadat kepadaNYa.Aku sedar
maksud ayat Al-quran tersebut.Setiap hari aku akan solat lima waktu di awal
waktu,berzikir mengingatiNya,serta melakukan amalan-amalan sunat yang lain.Aku
bersyukur sangat padaMu ya Allah kerana telah memberi peluang untuk aku meminta
ampun kepadaMu.Tiada cinta yang lebih agung,melainkan cinta kepada penciptaNya.
Mengapa
manusia pada hari ini sibuk mencari cinta yang tiada kesudahannya sehingga
lalai tanggingjawabnya yang lebih penting iaitu Allah??Jika kita yakin kita
benar-benar yakin dengan Qadak dan Qadar mengapa perlu mencari cinta yang hanya
keseronokan dunia…cintailah Allah dan Rasul sebelum menyintai manusia..Cinta
kepada Allah adalah cinta yang kekal abadi dan membawa kita ke taman-taman
syurga yang penuh dengan kenikmatan.Mengapa manusia ingin berpasangan atau
“couple”sedangkan perbuatan itu di benci oleh Allah.?tepuk dada Tanya
iman.Sedarlah wahai manusia cinta yang lebih agung adalah kepada PenciptaNya..
Jodoh
yang baik itu ada dua.Pertama Apabila terkenangkannya,Maka terkenangkan
PenciptaNya lebih lagi dan yang kedua mendekatkan diri kita kepada Allah.Jika
kita merasa seperti itu terhadap seseorang,maka berdoalah semoga dia menjadi
teman kita dunia dan diakhirat..Allah Maha Mendengar doa hamba-hambanya yang
selalu mengingatiNya.
Doa mendapat jodoh yang baik…
Surah Al-Imran ayat 38
“wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat
keturunan yang baik.Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa.”
#sekadarperkongsian#

No comments:
Post a Comment