Assalamualaikum…Tahukah kita semua bahawa ketika bersin dan
menguap itu ada adab-adabnya yang tersendiri..Marilah sama-sama kita mencontohi
bagaimana Nabi Muhammad SAW bersin dan menguap..JOm mengkaji!!
BERSIN
Ø
Apabila bersin ucapla “Alhamdulillah” yang
bermaksud “puji-pujian bagi Allah”.Ini adalah cara kita lahirkan kesyukuran
pada Allah kerana kotoran dan kuman telah dikeluarkan dari badan.
Ø
Bagi yang mendengar orang bersin ucapkanlah
“Yarhamkallah” yang bermaaksud “semoga Allah
merahmati kamu”.bagi yang bersin tadi jawablah “Yahdikumullahu wa yuslihu
balakum” yang bermaksud “semoga Allah memberi kamu hidayah dan membersihkan
hati kamu”.
Ø
Jika mendengar orang itu bersin
berkali-kali,cukuplah kita mendoakannya sebanyak 3 kali
Ø
Sekiranya orang bukan islam yang bersin,kita
boleh doakan supaya mereka mendapat hidayah dari Allah SWT.
Ø
Ketika bersin,palingkan muka daripada orang
lain,kerana bersin dihadapan orang menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan
lagi-lagi ketika sedang menjamu selera.
Ø
Tutup mulut bagi mengurangkan suara dan kotoran
yang keluar.Ini berdasarkan sunnah Rasulullah SAW : “Adalah Rasulullah SAW ketika bersin ,baginda akan meletakkan tangan
atau bajunya di mulutnya untuk menguragkan bunyi suaranya”. Riwayat Abu
Dawud dan Tarmizi
Ø
Bersihkan hidung atau mulut setelah bersin.
MENGUAP
Ø
Nabi Muhammad SAW menganjurkan kita supaya
menahan diri daripada menguap.Ini berdasarkan hadis baginda yang bermaksud : “Apabila kamu menguap,hendaklah menahannya
sekadar termampu kerana sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap,syaitan
akan mentertawakannya”. Riwayat Bukhari
Ø
Jika hendak menguap juga letakkan tangan diatas
mulut untuk mengelak syaitan daripada masuk ke mulut kita.Rasulullah SAW
berpesan dengan sabdanya yang bermaksud : “Apabila
seseorang kamu menguap,hendaklah meletakkan tangan pada mulut.sesungguhnya
syaitan akan memasuki mulut yang terbuka”. Riwayat Muslim
Ø
Elakkan daripada mengeluatkan suara yang
keras.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhya Allah suka pada orang yang bersin dan membenci kepada orang
yang menguap.maka apabila seseorang kamu menguap,jangan sampi berbunyi “haa!!”
kerana yang demikian itu syaitan akan mentertawakan kamu”. Riwayat
Muslim,Ahmad dan Tarmizi
Oleh itu,sebagai orang islam kita mestilah mengambil
perhatian walaupun dalam soal bersin dan menguap.Ikutilah contoh Nabi
Muhammad SAW moga kita dapat menjaga
kesihatan dan kesopanan diri. SELAMAT BERAMAL!!!
.jpg)
No comments:
Post a Comment