Friday, August 2, 2013

kasihku abadi..

“Erina,engkau dari dulu sampai sekarang asyik menyusahkan aku sahaja”.kata –kata mak samah masih terngiang-ngiang di telinganya.Setiap kali dia ingin meminta wang untuk membeli keperluan sekolah,ucapan itulah yang seringkali keluar dari mulut ibunya.Dia diherdik,dan dimaki dahulu sebelum ibunya memberi wang tersebut.Malang sungguh nasib seorang insan seperti Erina.

         Erina merupakan anak sulung dalam keluarga mak Samah dan ayah Siron.Disebabkan Erina anak yang hodoh,cacat dan lembab dalam melakukan semua perkara menyebabkan dia dibenci oleh ibunya. Umur Erina memcecah 20 tahun April ini.Ayah Siron telah meninggal dunia ketika usianya mencecah tujuh tahun.Selama ayahnya hidup,ayahnyalah yang banyak membelanya jika ibunya menghinanya.Setelah kematian ayahnya,mak Samah semakin bebas melakukan apa sahaja terhadap Erina,seperti memukulnya sehingga sakit seluruh badan.Erina juga dianggap seperti orang gaji dalam rumahnya.Setiap hari Erina yang akan memasak,membasuh baju,menyidai baju,mengemas rumah dan sebagainya.Mak Samah bekerja sebagai peguam di salah sebuah Mahkamah syariah di Kuala Lumpur.Erina terpaksa berhenti sekolah apabila usianya mencapai 15 tahun.Dia hanya sempat mengambil peperiksaan PMR di sekolah berdekatan rumah mereka.Hal ini kerana dia tidak memperoleh keputusan yang cemerlang.Bagi Mak Samah,Erina merupakan anak yang tiada bakat dan kebolehan untuk belajar.Mak Samah juga tidak mahu menanggung perbelanjaan Erina.Namun begitu,pada masa lapang Erina belajar untuk menjadi seorang penulis.Dia telah menulis banyak carpen dan novel.baginya,walaupun gagal dalam pelajaran,tidak bermakna dia gagal segalanya.Dia belajar untuk menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan Negara tercinta.

 “Eh Erina,kenapa engkau tidak masak hari ini.Aku lapar ini”?.Marah Kamilah dengan nada yang amat kasar dan tidak puas hati.
“maafkan kak Erina,hari ini kak Erina tidak sihat.Akak tidak larat hendak ke dapur”.Jawab Erina dengan nada yang sayu dan tidak bermaya.Erina masih lagi berbaring di atas katil biliknya.Matanya sugul dan seluruh badannya lemah.
“engkau ini alasan sahaja banyak ya!”.Jerkah Kamilah lalu menarik dengan kasar tangan Erina yang masih lemah itu.Elina terjelupuk di atas lantai biliknya.
“Betul..kak Erina tidak sihat hari ini.Dalam peti sejuk ada telur.Kamilah boleh masak Maggie.”Jawab Erina dengan nada yang amat lemah yang tangannya masih lagi memiat dahinya.Dia berasa sangat pening sehingga ingin pitam.
“engkau ini menyusahkan orang sahaja!”.Jerkahnya lalu meninggalkan Elina yang masih lagi di atas lantai.Kamilah menghempas pintu bilik kakaknya dengan begitu kuat tanda protes.Dia pergi dengan hati yang penuh dengan benci dan geram kepada kakak kandungnya sendiri.Air mata Elina tidak dapat di bending lagi,dia kemudiannya menangis teresak-esak sendirian.

Kamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga mereka.Erina mempunyai dua orang adik beradik sahaja.Apa kemahuan Kamilah,pasti Mak Samah akan turuti dan penuhi.Berbeza dengan Erina,kamilah di beri kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.Mak Samah tidak pernah sesekali memukul atau memarahi anak kesayangannya itu.Baginya,Kamilah adalah anak yang sempurna dan perlu di beri perhatian yang secukupnya.

         Pada hujung minggu ini,mak Samah dan kamilah bersiap-siap untuk pergi membeli pakaian dan barangan dapur.Kamilah dibiarkan tinggal di rumah seorang diri untuk melakukan kerja-kerja rumah.Begitulah sikap mak Samah pada hari-hari yang lain juga.Erina akan di tinggalkan di rumah tanpa belas kasihan dan rasa simpati seorang ibu terhadap anaknya.Walaupun memiliki ibu tetapi,hidup Erina seperti sebatang kara.
“Mak,cantiknya baju ini!kamilah hendak baju ini boleh tidak”?.Tunjuk kamilah kepada mak Samah baju yang dipegangnya itu
“Baiklah.Pegang dahulu baju itu.Nanti emak bayar.Tapi ingat,jangan memberitahu Erina mengenai baju ini”.Pesan mak Samah kepada kamilah.Baju kebaya yang bertatahkan manik itu sungguh cantik apabila digayakan oleh Kamilah.Ini di sebabkan kulitnya yang putih gebu itu sesuai dengan semua jenis warna kain.
Sejak kecil lagi,Mak Samah telah meracuni fikiran anak bongsunya itu supaya membenci Erina.Kata mak Samah Erina adalah anak pungut oleh ayahnya.Jadi,Erina tidak berhak mendapat kasih sayang dari keluarga mereka.

         Sesampainya di rumah tanpa memberi salam mak Samah terus menjerit memenggil nama Erina.Erina yang baru turun dari tangga bergegas ke pintu rumah mereka mendapatkan mak Samah dan Kamilah.
“Nah,bawa naik barang-barang ini!Jangan engkau cuba-cuba ingin mencuri pula ya!”.Pesan mak Samah sambil membulat biji matanya.Mak Samah terus memberi beg yang berisi pakaian kepada Erina dengan kasar sekali.
“Baiklah mak…”.Jawabnya jujur.
“Ah!aku bukan mak engkau.Panggil aku puan!”.Tengking mak Samah dengan nada yang amat tinggi.Sudah banyak kali dia memberitahu Erina supaya tidak memanggilnya emak,tetapi Erina masih degil dengan panggilan itu.
“Baiklah ma…pu…puan…”Jawab Elina dengan sedikit gagap kerana janggal dengan panggilan seperti itu kepada darah dagingnya  sendiri.
          Semoga roh ayah tenang di sana.Bisik hati kecil Erina.Tiba-tiba Erina teringatkan ayahnya yang banyak mengajarkannya erti kehidupan.Tanpa ayahnya,mungkin dia sudah terjerumus ke lembah kehinaan.Jika mengharapkan ibunya,memang tidaklah.Kata arwah ayahnya kita perlu tabah dan sabar menghadapi pelbagai rintangan kerana apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaiknya.Kata-kata itulah yang Erina pegang sehingga kini yang menguatkannya untuk berada di samping mak Samah dan Kamilah.

“Mak,gelang emas yang emak belikan tempoh hari hilang!”.Jerit Elina kepada ibunya yang tercungap-cungap mendapatkannya.
“Hilang…!”.Terkejut ibunya mendengar berita itu.
“Kamilah syak Erina yang mengambilnya kerana dia sahaja yang berada dalam rumah ini”.Tuduh Erina tanpa usul periksa.
“Erina ini memang hendak kena dengan aku.!tidak mengapa biar emak kerjakan dia”.
          Tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh,mak Samah terus menuju ke bilik Erina dengan membawa sebatang penyapu.
“puan sakitlah…Erina tidak bersalah…”.Rayu Erina dengan tangisan kesakitan.
“engkau jangan buat tidak tahu ya!”.Marah mak Samah sambil memukul Erina.
Mak Samah terus memukul,malah makin kuat dia memukul tubuh kurus Erina tanpa menghiraukan Erina.Erina di pukul dengan teruk sekali sehingga seluruh tubuhnya bercalar-balar dan lebam.
“sudah lah mak.Nanti mati pula dia!”.Mak Samah segera memberhentikan pukulannya yang bertubi-tubi itu.Ini menyebkan badan Erina tidak boleh bergerak dengan pantas kerana badannya yang sakit itu

             Keesokan harinya,Kamilah memberitahu ibunya yang gelang emas itu sudah di jumpai di biliknya sendiri.Sebenarnya Kamilah terlupa di mana dia meletakkannya.Mak Samah tidak langsung rasa bersalah untuk meminta maaf kepada Erina atas perbuatannya itu.Malah dia semakin membenci anak kandungnya yang tidak berdosa itu.

             Setelah berfikir panjang,Erina mengambil keputusan untuk keluar dari banglo dua tingkat itu.Berada di sana ibarat neraka dunia.Tiada secebis kebahagiaan pun yang di terimanya malah kesengsaraan dirinya sendiri.Erina mengemas semua pakaiannya di dalam beg.Pada petang itu juga,dia harus meninggalkan banglo itu sebelum Mak Samah dan Kamilah pulang.Dia bergegas keluar dari banglo tersebut.Sebenarnya,Erina tidak tahu ingin ke mana.Dia hanya mengikut jejak langkah kakinya sahaja.Kini dia sudah sampai di perhentian bas.Tiba-tiba ada seorang perempuan yang berumur lingkungan 30 an menyapanya.
“Adik hendak ke mana malam-malam buta begini?.Bas sudah tiada waktu-waktu begini.”Sapa wanita itu lembut yang mengelar dirinya ‘akak’ sahaja.
“Sebenarnya akak saya tidak tahu lagi hendak ke mana.Sudah seharian saya berpusing seluruh kota ini.”Ujarnya dengan nada yang sungguh sayu.
“Kalau macam itu,ikutlah akak balik ke rumah dahulu.Buat sementara waktu ini tinggallah di rumah akak dahulu.Lagipun akak duduk seorang sahaja di rumah.”Pujuk kak Hani
“okey.Terima kasih banyak-banyak akak.Hanya Allah sahaja yang membalas budi baik akak.”
Erina terus mengikuti kak Hani ke parking keretanya.Semasa di dalam kereta,mereka berbual bermacam-macam perkara.Lagipun Erina seorang yang peramah dan cepat mesra dengan semua orang.

Setahun kemudian…
“Ak..ak ..Erina pulanglah ke rumah,emak sakit tenat.Dia asyik menyebut nama kak Erina sahaja”.Rayu Kamilah dengan menangis teresak-esak.
“Aku bukan kakak engkau! Pergi engkau dari sini!Sebelum ini tidak pernah pun engkau anak beranak ingin mengambil berat tentang aku.Aku menderita selama ini tiada siapa yang kasihan”.Marah Erina dengan nada suara di tinggikan sambil menuding jari tepat ke muka Kamilah.
“Kak Erina tolonglah..Mak ingin meminta maaf kerana selama ini dia berlaku kejam pada akak.”Pujuknya lagi.
“Minta maaf?!engkau ingat dengan meminta maaf engkau boleh berikan kebahagian aku selama ini?”.Marah Erina lagi sambil menahan air mata yang tidak dapat di bendung lagi.Akhirnya dia tewas.Erina menangis tersedu-sedan.
Kak Hani yang berlalu dari dapur membawa makanan dan minuman untuk di jamu kepada Kamilah.Kak Hani menjemput Kamilah menjamu selera dengan hidangan yang telah di sediakan,cucur bawang bersama dengan kopi ‘o’ sambil menyuruh Erina masuk ke biliknya.Dia tidak sanggup melihat Erina bertengkar dengan Kamilah lagi.Setelah Erina mesuk ke dalam biliknya,Kak Hani menyuruh Kamilah supaya tidak memaksa Erina memaafkan mereka,kerana dia perlukan masa untuk melakukan semua itu.

“Erina,hati akak kuat mengatakan yang mereka sudah berubah.Maafkan lah mereka”.Pujuk Kak Hani dengan lemah lembut kepada Erina.
“Erina tidak boleh akak..Erina tidak kuat…Selama ini akak sahaja tempat Erina bergantung dan sayangi..”Erina mula menitiskan air mata.
“Sedangkan nabi ampunkan umatnya,Erina,padahal kita insan yang kerdil di sisi Allah”.Kak hani terus memujuk.
“Kak Hani,Erina bukan nabi dan tidak sehebat nabi..”
“Tidak baik Erina bercakap begitu...”
“Baiklah..Erina akan fikir-fikirkan dahulu...”

Seminggu kemudian,Erina dan kak Hani ke banglo yang di diami oleh Mak samah dan Kamilah yang selama ini telah memberi kesengsaraan kepadanya.Mereka melangkah ke pintu pagar,kemudiannya terus menekan loceng.Orang gaji meluru membuka pintu dan menjemput mereka masuk.Mereka menyatakan hasrat ingin berjumpa Mak samah dan kamilah.Kata Orang gajinya kamilah ada di atas.Mereka bergegas ke atas untuk melihat keadaan Mak samah.Erina mengetuk pintu bilik kamilah,tetapi tiada sahutan.Dia terus memulas tombol bilik Kamilah.Alangkah terkejutnya Erina apabila melihat tubuh kurus kamilah yang pucat lesi tanpa sedarkan diri itu.Mereka terkejut melihat ubat bertaburan diatas lantai.Erina segera menelefon ambulans.
          Setelah lima belas minit,ambulans datang untuk membawa Kamilah ke hospital.Kata doktor kamilah terjadi begitu kerana terlebih mengambil ubat tidur.
           Setelah dua hari berada di hospital,akhirnya kamilah sedarkan diri.Dia menceritakan apa sbenarnya yang terjadi kepada Mak samah dan dirinya.Berdasarkan apa yang telah di ceritakan oleh Kamilah,Mak samah telah meninggal dunia dalam satu kemalangan nahas antara kereta Mak samah dan sebuah lori balak dua bulan yang lepas.Mak samah pada waktu itu tidak dapat mengawal keretanya lalu terus melanggar lori tersebut sewaktu pulang dari kerjanya.Kemudian Kamilah mendapat panggilan telefon daripada pihak hospital yang Mak samah mengalami keadaan yang amat kritikal.Mereka tidak dapat menyelamatkan Mak samah kerana kepalanya terkena hentakan yang teramat kuat.Sebahagian saraf di kepalanya sudah tidak berfungsi lagi.
           Cerita Kamilah lagi,setelah Mak samah meninggal dia sudah tiada sesiapa lagi.Dia sudah tiada sesiapa yang menyayanginya seperti dulu.Jadi,dia mengambil keputusan untuk membunuh diri.Tetapi malangnya,dia tidak mati.Allah masih sayangkannya dengan memberikan peluang kedua untuk bertaubat atas apa yang berlaku sebelum ini.Erina sebak mendengar cerita Kamilah itu.Setelah habis bercerita,Kamilah menghulurkan sekeping surat bersampul surat berwarna putih kepada Erina.Erina menyambut lalu membukanya.

Assalamualaikum,anakku Erina yang di sayangi…
Sebenarnya tujuan emak menulis surat ini adalah untuk memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada Erina.Selama ini emak telah banyak berdosa kepada Erina kerana emak tidak memberi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.Emak telah bertindak kejam terhadap Erina.Hal ini kerana emak sangat membenci anak yang cacat,hodoh dan lembab.Emak di pulau olah kawan-kawan kerana memiliki anak seperti Erina.Jadi emak mengambil keputusan untuk terus berlaku kejam terhadap Erina.Tapi sekarang emak sudah berubah nak..Emak sedar anak yang kurang upaya juga mempunyai bakat yang terpendam.Tahniah Erina kerana sudah menjadi penulis terkenal tanah air.Setiap keluaran buku Erina pasti emak akan beli kerana emak rindukan Erina.Keratan-keratan akhbar mengenai kejayaan Erina pasti emak akan simpan.Emak berusaha untuk mencari Erina di merata tempat tetapi tidak juga temui.Mak harap Erina boleh memaafkan emak terhadap apa yang telah emak buat selama ini.Emak tahu bukan senang untuk memaafkan,tapi emak berharap sangat Erina boleh memaafkan emak.Jika Erina membaca surat ini emak telah pergi bertemu penciptaNya,emak wasiatkan jagalah kamilah.Erina pulanglah ke rumah.Sebagai tebusan terhadap dosa-dosa emak yang lalu,emak menukar semua harta milik emak kepada nama Erina.Sebenarnya memang tidak di nafikan,emak sayangkan Erina!.
                                                                                                                                                                 
                                                                                                                                                 Mak mu..
Air mata Erina memang tidak dapat di sekat lagi.Dia menangis teresak-esak lalu memeluk tubuh Kamilah.Barulah dia tahu,selama ini kenapa emaknya membenci sangat kepadanya.Dia berjanji akan menjaga kamilah dengan baik kerana itu wasiat emaknya.
Emak,Erina sudah lama memaafkan mak..semoga emak tenang di sana.Bisik hati kecilnya.

P/s kepada kaum hawa janganlah membenci anak yang tidak berdosa,kerana walaupun dia hodoh,cacat dan lembab tetapi dia mempunyai kelebihan lain.Hal ini kerana setiap manusia di ciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian untuk memakmurkan bumi milik Allah ini.semoga cerita ini menjadi iktibar kepada kita semua untuk saling berkasih sayang antara satu sama lain.Allah menjadikan sesuatu itu pasti ada hikmah di sebaliknya.
#rekaansemata-mata#






            


No comments:

Post a Comment