Assalamualaikum WBT..
Apa khabar semua kawan-kawan ku yang disayangi sekalian..haha
Sebenarnya just nak share motivasi pagi tadi yang bertajuk ‘kekalkan
istiqamah’..haha..Ape itu istiqamah.? Sebenarnya istiqamah adalah menetapkan
pendirian atau berterusan dalam melakukan sesuatu perkara.
Antara cara untuk mengekalkan istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara
ada 3..Amalkan 3 perkara ni InsyaAllah akan istiqamah. Pertama adalah niat
(perbetulkan niat kerana Allah),kedua adalah kurangkan pilihan dalam hidup.Faham
x??Mesti xfaham kan..xpa. amik analogi jika kita di beri pilihan untuk
mati,mesti kita akan kata saya belum bersedia lagi,itulah sebabnya Allah
merahsiakan tarikh kematian seseorang.Jika seseorang tahu bila
kematiannya,mungkin 2 hari sebelum mati barulah ingin beristiqamah dalam melakukan
ibadah kepada Allah.Sebab katanya nak enjoy dulu lah..macam-macam la alasan
yang tak masuk akal. Sama juga dalam konteks belajar,jika kita ingin mencapai
cita-cita menjadi doktor,jurutera atau apa pun,maka perlulah istiqamah dalam
belajar kerana Allah. Antara perkara yang perlu dikurangkan seperti
tidur,bermain dan sebagainya.okey kita teruskan yang ketiga ialah bertawakal
dan berdoa kepada Allah. Seperti belajar tadi,setelah kita kurangkan pilihan
tersebut seperti bermain bersama rakan,kita perlulah berdoa dan mengharapkan
pertolongan dari Allah.Berdoa semoga Allah memberi apa yang kita nak..Hanya
kepada Allah tempat kita meminta pertolongan kerana tiada Tuhan yang berkuasa
melainkan Dia.
Antara amalan yang boleh kita amalkan juga untuk terus beristiqamah
adalah selalu mengucapkan “ la haula wala ku watailla Billahil ‘Ali Ul ‘azim”.
Yang bermaksud tiada daya dan kekuatan melainkan Allah .. InsyaAllah Allah akan
memberi hati yang ringan untuk melakukannya,serta amalan tersebut akan
merasakan ringan untuk buat. Amalan lain juga boleh diamalkan seperti
mengamalkan membaca surah Al-Insyirah supaya Allah melapangkan dada kita dalam
melakukan sesuatu perkara.
Lah..dah Abis..Jumpa lagi nanti!
smile Always..


No comments:
Post a Comment